FRUITS WEDDING CAKE



Kek juga di tempah oleh Ikin untuk menyerikan lagi majlis persandingan beliau. Sebenarnya kek ni lari tema tau.. mula2 Ikin memilih kek lain.. tapi bila terpandang kek buah seperti ini ( entry yang lepas) terus beliau dan pasangannya mengubah fikiran. nak lain dari yang lain. sebabnya menurut ikin "kek cream yang lain macam dah biasa je".. hehehehe.... akak menurut perintah je...  Dan... terima kasih sekali lagi dengan tempahannya. Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin...

STRAWBERRY CMC


Kek di tempah oleh Ikin (adik kepada jiranku) dari Felda Inas Kota Tinggi. Kek di buat sebagai hantaran daripada pihak lelaki kepada pengantin perempuan. Thanks Ikin.

p/s - gambar tak cantik arrrr.....

STRAWBERRY CMC


Kek Coklat lembab di order oleh Azuin dari Air Biru. nak buat kejutan untuk 'Abang Kandung' tersayang. Kek Ni je beratnya mencecah 2.5kg. Terima kasih Azuin.. harap puas hati dengan tempahannya ye.

STRAWBERRY CUPCAKES


CC di order oleh Ekyn untuk si dia yang tersayang...  Mesti abe sayang teruja dapat CC stoberi kan.. hehehe ni ala-ala Tok Ti ngan D. K la ni.. hehehe.. Gurau jew... Thanks ye dik dengan tempahannya... moga hubungan yang di jalin b'akhir ke Jinjang Pelamin.. Leh order kek kawen ngan akak lak.. :)

KEK COKLAT KUKUS


 KEK COKLAT KUKUS
BERAT: 700++ gm
HARGA: RM20.00

Produk terbaru kami. Kek coklat kukus yang di sirami dengan Ganache dan di taburi dengan coklat rice atau hirisan coklat di atasnya. (boleh pilih). kek yang betul2 lembab dan kaya dengan rasa coklatnya.. Harga.. Murah sajork... ngeh..ngeh..ngeh....
P/s - bagi yang berminat untuk menjadi pengedar boleh hubungi atau email saya

NO TEL: 012-7404669 NINA
EMAIL: sweetlilly01@gmail.com

FERRARI CAKE



Kek di tempah oleh (tak sempat nak tanya nama penempah) dari Nusa Damai. Nak kek berbentuk kereta. kek ni agak besar sebenarnya.. sebab mcm sayang nak potong kan.. Nasib baik ada Ferrari Adam (keta mainan beli kat Shell) hehehe.. boleh di jadikan sebagai contoh.. dan setelah siap haku agak berpuas hati dengan hasilnya.. walaupun sepatutnya bahagian hadapan kereta tu lagi runcing lagi cantik..  Dan...... yang paling suka adalah anak-anakku.. tak sabar2 nak tengok.. Balik2 cakap "mama, keta mana.. keta mana.." ngeh..ngeh..ngeh... Dannnnn juga di harap penempah berpuah hati dengan keknya ye.. Terima kasih banyak2..

KEK ULTRAMAN




Kek di tempah oleh Suzzana untuk di bawa ke Tadika. nak menyambut hari lahir Anaknya.. Haku kan.. kalau lukis gambar otomen ni mesti tak jadi tau. peliksss tul.. (ayat kabeline sebab tak reti.. hehhe) Harap2 Suzzana suka la ngan keknya ye.. :)


KELAS CUPCAKES



k.zana memang berbakat dalam bab mendeco. perlu di asah lagi sampai tajam

Kak Zah... perghhhhh.. kena banyak berlatih sebab apa yang di buatnya kurang menjadi

Kak yah.. Tokey kuih muih..


Kelas cupcakes lak di hadiri oleh Kak Zana, Kak Zah ngan Kak Yah.. Masing2 tak de asas mendeco.. tapi bab kuih muih, kek, sekut masing2 dah terer merer.. Kelas yang agak panjang dan menyeronokkan.. setelah masing2 bertungkus lumus menyiapkan tugasan.. hehehhe.. dan akhirnya... Siap...  masing2 menunjukkan muka lega.. macam mendeco satu penyeksaan yang menyeronokkan.. Boleh? hehehehhe
Apapon akak2ku semua.. perlu berlatih lagi ye.. seronok berkerja bersama anda semua..

KELAS BANJI ROLL & SWISS ROLL


Kelas banji Roll di hadiri oleh Kak Lela. Kelas kali ke 3 denganku.. Kelas ni pun kak lela yang request dan haku pun suka.. jadi kelas On la.. haku ngan kak lela 2geder-geder je.. memandangkan tak de yang minat kot.. tapi hari tu sahaja kak lela buat 6 jenis roll.. Puas woooo.... haku rembat sebatang.. best kelas ni.. sebab dah biasa agaknya dengan kak Lela dan Bodyguard keciknya yang 2 orang tu.. hehehehe... Thanks Kak.... Balik rumah jangan tak buat.... Buat tau... :)

CMC


Kek coklat kukus di bawa sebagai buah tangan untuk Sahabatku yang baru melahirkan. tapi dah habis pantang.. Sahabatku yang sorang ni memang hantu coklat. hantu pun kalah.. hari2 makanc coklat pun tak pe.. hehehe

Testimoni: 012-781 70** (Mar)
AJ sedap kek ko buat.. kalah Secret Recipe.. Baik ko bukak kedai.. Mesti meletopss...

p/s - Awwww....

KEK COKLAT KUKUS



Kek di tempah oleh Izan dari Nusa Damai. Sebenarnya dah lama Izan menempah kek CMC ni. tapi haku asyik terlupa je. hehehe Sori Izan... apapon thanks ye Izan..

Testimoni: Izan (+6012796 3***)
Tks nina.. sedapnya kek coklat td. moist sangat.. masa bukak kotaknya dah x sabar2 nak rasa.. Suka anak2 izan makan. Next time bleh lah order lagi..

STRAWBERRY & ROSES CUPCAKES

 

CC di tempah oleh Adik kepada Zariza. Zariza sebagai orang tengah bertanggungjawab berurusan dari A hingga Z denganku.. baik hati kakak tau. hehehehhee pas ni leh mintak upah dari Adik.. hhehehehhe
CC ni di tempah sebagai kejutan untuk buah hati Adik kepada Zariza. Memang terkejut.. :)
Dalam pertengahan jalan nak hantar kan.. tiba2 terasa nak belek2 balik buku order. Sekali.......... baca punya baca punya baca.. haku buat salah. yang haku buat semua strawberry celup coklat. yang zariza nak mcm gambar kat atas. terpaksa haku pusing balik betulkan order tu.. Adoaiii...
Dan yang paling best. masa beri salam kat depan rumah penerima.. kwn serumah penerima boleh tanya kat haku kan " ASTRO KAK YE" hahahhhahaa.... mungkin muka haku macam nak pasang astro kot.. hehehhehehehe....
Apapon harap Zariza, adik kepada Zariza dan penerima puas hati dengan Cupcakesnya ye. Terima kasih kerana menempah.

MAKAN TIME

Ehem..ehem... Murah sajork....


Ni xtvt semalam. Mr. Hubby pun tak keje.. Order pun tak de.. jadi haku ajak Mr. Hubby gi Bakewell beli barang, pas tu amik barang lak rumah Kak Leen dan pas tu jalan2 gi HP cari barang.. hehehehehe
memang b'jalan sajork... dah penat b'jalan dan dah dapat apa yang di hajati.. masa untuk melantak la pulak.. Pilih punya pilih punya pilih... Akhirnya Restoran Todak jadi pilihan. nak makan seafood... Budak b'3 tu kemain suka sebab dapat tengok ikan, ketam ngan siput segala bagai... Dan setelah melangsaikan apa yang ada atas meja tu.. kitaorang anak beranak pun balik... SEKIAN..

PERHATIAN





NI HAKU NAK BAGITAU UNTUK YANG INGIN BELAJAR DI DALAM KELAS HAKU..
DAH DAFTAR.. KALAU NAK BATAL BAGITAU CEPAT2.INI UNTUK MENGELAKKAN KERUGIAN PADA PENIAGA MACAM HAKU. TAK PE.. KALAU NAK BATAL KELAS DI SAAT2 AKHIR BAGITAU LA CEPAT. DAN T.E.L.E.F.O.N (TELEFON). KALAU TAK TAU MAKNANYA CALL DLM BAHASA ENGLISH. BUKAN MAIN SMS.
AKU MEMANG TENGAH MARAH NI.. SEBABNYA... MEH HAKU CITER..


Ni barang haku dah sedia.


TERIMA SMS DARI (DAH BLACKLIST DALAM KELAS AKU)

LIN (SRI SAUJANA KOTA TINGGI)
NO TEL: 019-77046** (TAK SANGGUP HAKU NAK MALUKAN)


- NAK BELAJAR DALAM KELAS KEK LAPIS (HARI NI 17-11-09)

- BATAL KELAS DI SEBABKAN ANAK MASUK HOSPITAL. AYAT B'BUNYIK
"MAAF X DPT DTG, ANAK SAYA MASUK HOSPITAL"


OK ALASAN SEBAB HAKU PATUT RASA MARAH NGAN KECEWA..

-PATUTNYA BAGITAU AWAL PAGI. DAH HANTAR ANAK PI SPITAL TU PATUT DAH CALL KATA TAK JADI. HAKU BOLEH TERIMA SEBAB BARU KEJAP TADI HAKU KELUAR PI BELI BARANG. HAKU BOLEH FAHAM SEBAB ANAK MASUK HOSPITAL BUKAN BOLEH AMBIL MUDAH. HAKU PUN ADA ANAK. JADI HAKU SANGAT2 PAHAM. TAPI CALL LA AWAL. SUSAH SANGAT KE?
- BARANG2 HAKU DAH BELI RM80 (UNTUK MENGAJAR DLM KELAS NI SAHAJA) TDK TERMASUK BRG YANG ADA KAT RUMAH
 - BARANG2 HAKU DAH SEDIAKAN. SIAP TARIK SEMUA OVEN KEK LAPIS KELUAR
- DAN HAKU BOLEH TERIMA SEBAB HAKU TAK AMIK DEPOSIT UNTUK KELAS. JADI SUKA HATI NAK BATAL PUN BOLEH.. TAPI MAKLUMKAN AWAL.
- DAN YANG PALING HAKU MARAH SEBAB
- LAKI HAKU TERPAKSA AMIK CUTI SEBAB NAK TOLONG JAGA ANAK2. KELAS KEK LAPIS BUKAN MCM KELAS LAIN. KENA DUDUK SITU JAGA KEK. KALAU TAK KEK HANGUS.
- BAYANGKAN LAKI HAKU TERPAKSA TAK KERJA DEMI TOLONG HAKU.  SIAPA NAK TOLONG DIA BUAT KERJA YANG DIA TINGGALKAN ATAS MEJA?
SIAPA NAK BAYAR GAJI DIA 1 HARI TAK BEKERJA TU.? DIA ADA ANAK BINI YANG PERLU DI TANGGUNG. JADI GAJI SATU HARI TU AMAT BESAR BAGI KAMI SEKELUARGA.]

DAN KESIMPULANNYA.. APA2 PEMBATALAN SILA MAKLUMKAN LEBIH AWAL.
TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI.

p/s - haku tak de mood nak upload apa-apa gambar hari ni. Maaf..

BROWNIES & CMC


 Brownies dan choc. moist cake di tempah oleh Suzzana. nak meraikan harijadi suami tersayang. Thanks dik. harap puas hati dengan tempahannya ye

P/s - bak kata suzzana "kak  berantu mkn brownies ni. sy je mkn sepuluh ketul" hehehe