RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

JEMPUT-JEMPUT KENTANG DAN BAWANG

Posted by : Nina Mahdar

Yang ni versi org malas.. guna sos cili + sos tomato pas tu letak air panas.. Cekodok ni wat bekpes.. awal2 pagi lagi haku dah bangun wat cekodok ni.. tak pernah2.. maklum la.. sebab My Brother ngan anak sedaraku datang beraya/ziarah/melawat kat umah..tak lama.. 2 hari je.. singgah umah haku pun sebab dorang kuar jap dari singapore cop pasport.. pas tu hari ni dah masuk singapore balik.. psttt.. Abang haku ni Tabliq. tu yang skang ni dia ngan anak sedaraku kuar selama 40 hari kat singapore.. solat pun kat Masjid.. tu yang haku kena bangun subuh2 lagi siapkan bekpes yang sempoi.. ngeh..ngeh..ngeh..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 camt soda bikarbonat
1 camt garam
1 sudu besar gula
2 biji kentang - di dadu
5 biji bawang merah - hiris
1 sudu makan minyak masak
serbuk kunyit sket
nak lagi sedap letak sket daun sup
1 cawan air

Cara membuatnya:
- masuk sumer bahan dalam mangkuk.
- gaul rata.. agak2 la ye kepekatannya..
- pas tu panaskan minyak. - kaup guna sudu, nak cantik guna scoop aiskrim. :)
- goreng hingga kekuningan.
- angkat dan boleh la di hidangkan ngan sos atau sambal cili.. atau suka ati korang la nak cicah ngan apa...

0 comments: