RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

KELAS CUPCAKE 27 JUN

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

ngeh..ngeh..ngeh... Hasil kerja Azean.. Yang ni lak hasil daripada Azura... Dan siti... Antara hiasan2 cupcake yang di hasilkan student. Ni lak kelas sesi petang. sepatutnya 4 orang. tapi seorang tu senyap tanpa khabar.. ngeh..ngeh..ngeh.. tapi tak pe.. mungkin ada masalah yang tak dapat di elakkan agaknya. walaupun kelas 3 orang je.. tapi riuh. dan kelas beberapa kali terganggu.. terganggu dan di ganggu.. hehehehhee... jadi kelas habis agak lambat. Tapi seronok.. Thanks semua.

KELAS CHEESE TART - 27 JUN

Posted by : NINA aka SL 1 Comments

Kelas cheese tart di hadiri oleh kak Tina dari Taman Mawar. Sebenarnya ni adalah kelas yang telah ku tunda2 beberapa kali. kesian lak pada kak Tina. Jadi deal ngan kak tina. masa pun cantik. Kelas pun berjalan lancar. Alhamdulillah.. Dalam kelas ni haku terangkan pada kak tina cara membuat pastri tat yang rangup.. dan 2 jenis cheese yang berbeza. satu yang montel dan satu lagi yang memang tak montel. ngeh.ngeh..ngeh.. Pas ni selalu2 la ye buat cistat akak.. :) Thanks Kak Tina.

KARIPAP PUSING

Posted by : NINA aka SL 7 Comments

Mesti korang bohsan kan haku dah lama tak menghapdet.. Minggu lepas dan minggu ni di landa ke bzzzz an yang amat.. tu belum di sebabkan BB tisya lak.. dapat kemalangan agak besar. jari kelingking bejahit.. Adoaiiii.. jadi memang tak sempat la haku sapu sampah sarap kat umah ni.. ngeh..ngeh..ngeh.. Jadi korang layan je gambo karipap pusing ni..

KARIPAP PUSING
Bahan A Doh Air (30gm)
300 gm tepung gandum
1 cawan air suam - lebih kurang
1 sk garam

Bahan B Doh Minyak (15gm)
150 gm tepung gandum
30gm shortening 30gm mentega – ikut lembut

Cara membuatnya:

- Gaul dan uli bahan A sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan.
- Bahagikan kepada 30gm bebola kecil. Ketepikan.
- Gaul dan uli bahan B sehingga menjadi doh yang lembut.
- Bahagikan 15gm. sama bnyk dengan bahan A tadi. sambung cam ni lak cara2 haku buat karipap pusing adunan yang di bahagi sama rata. bahan A dan B Canai bahan A. dan letak bahan B di tengahnya. Bungkus menjadi seperti bola. canai memanjang. kemudian gulung. dah gulung akan menjadi seperti ini.. kemudian canai memanjang lagi. dan gulung untuk kali ke dua. pas tu belah 2. kat gambo ni nampak cam tebal je kan.. sebenarnya nipis je ni.. pas tu canai bulat seperti ini.. masuk dalam acuan karipap. Untuk haku yang tak reti nak wat kelim karipap. Letak inti.. dah siap. senang dan cepat kalau wat guna acuan.. ngeh..ngeh.. ngeh... cuba kelim sendiri.. Huduhhhh...

KELAS KEK LAPIS DI SABAH - 4 & 5 JULAI

Posted by : NINA aka SL 1 Comments

Salam untuk warga Sabah. Saya akan Terbang lagi ke Sabah untuk membuat Kelas Kek Lapis Sarawak. Yuk Join kelas kek lapis lak.. :) JUMPA DI SANA... BUTIRANNYA: KELAS HANDS-ON KEK LAPIS SARAWAK TARIKH: 4hb JULAI 2009 (SABTU) TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA BEAUFORT HUBUNGI: 016-9556655 (EN. ZUL) TARIKH: 5hb JULAI 2009 (AHAD) TEMPAT: DEWAN KOTA KINABALU HUBUNGI: 016-9556655 (EN. ZUL) TENAGA PENGAJAR: PN. HARLINA (aku ler tu) MODUL: - MEMPELAJARI TEKNIK ASAS DALAM PEMBUATAN KEK LAPIS. - MENGENAL BAHAN ASAS DAN PERALATAN YANG SESUAI UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS - TEKNIK YANG MUDAH DAN SANGAT SESUAI BAGI YANG HENDAK BERNIAGA KEK LAPIS - MEMBUAT KEK LAPIS TRADISI DAN KEK LAPIS BERCORAK. JANGAN LEPASKAN PELUANG.... ** KELAS STEAM BUTTERCREAM & KELAS KEK GANACHE TARIKH: 06hb JULAI 2009 (ISNIN) TEMPAT: KALANSANAN INANAM (9.00AM) FEE: RM150.00 & RM150.00 (BOLEH PILIH NAK MANA SATU) 3 0RANG SAHAJA - (LAGI 1 KEKOSONGAN) HUBUNGI: 012-7404669 (NINA) MODUL: - MEMPELAJARI TEKNIK UNTUK MENCAIRKAN BC. - TEKNIK YANG MUDAH DAN CANTIK. SUDAH SEMESTINYA MULUS MCM FONDANT

KELAS DEMO KEK LAPIS DI PARIT RAJA

Posted by : NINA aka SL 1 Comments

Ni program Ahad lepas. haku telah di jemput oleh Kak Arbayah untuk membuat kelas demo kek lapis di bangunan IKS Parit Raja Batu Pahat. Ramai gak yang hadir dalam kelas ni. dan pada masa yang sama Y.B Ab Aziz (ADUN Kawasan Parit Raja) serta isteri dan juga Pengarah Kolej Komuniti turut di jemput hadir untuk melawat aktiviti yang di jalankan. Lepas ni berkemungkinan besar akan ada kerjasama di antara Kolej Komuniti dan projek yang di usahakan oleh Kak Arbayah. InsyaAllah.. Dalam kelas ni haku tunjukkan 4 jenis kek Lapis. Kek lapis dwi pandan yang sepatutnya kaler hijau.. tapi haku gi letak warna warni.. hehehehe.., kek Lapis Asam Manis, Kek Lapis Cheesy Oreo dan kek lapis bercorak. Kelas bermula dari pukul 9.00 am sehingga 5.00pm. memang penat tapi seronok. sebab semua peserta begitu bersemangat nak belajar. jadi korang layan je la gambar2 yang sempat haku amik ni.. P/S - Gambar tak cantik.. sebab pakai camera hp Mr. Hubby...

DAGING KERISIK BEREMPAH

Posted by : NINA aka SL 1 Comments

Ni hasil daripada haku meyelongkar gobok makanan Mat Gebu. Rasa cam rendang pon ada. sedap. Pulak tu beli Lontong kat pasar. Hmmmmm... sedappppppp.... Tengkiuuu Mat.. Resipi Kopipes je.. :)

Sumber: Mat Gebu 

BAHAN-BAHANNYA :-) 
700 g daging batang pinang, hiris nipis dan lebar2, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar kerisik
1/2 cawan kicap manis
2 camca besar kicap pekat
1 camca besar gula melaka
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong
1 biji cili hijau, dihiris serong - tak letak
1/2 cawan air
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar* - tak letak
1/2 camca teh jintan halus* - tak letak
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA : 
-Satukan daging dengan semua bahan2 di atas kecuali cili hijau, cili merah, bawang besar, bawang merah/putih hiris dan kerisik.
- Gaul rata dan perap sekurang2nya 2 jam (nak sedap perap semalaman) dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga perang dan harum,
- masukkan daging yang diperap tadi, gaul rata dan masak hinggga daging kecut.
- Masukkan air dan kerisik, kacau rata dan biar mendidih.
- Masukkan hirisan bawang besar, hirisan cili hijau dan merah, kacau rata dan masak hingga hampir kering
. - Sesuaikan rasa dan jika ok boleh dialih ke dalam bekas sesuai.
- Hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan.

KELAS CUPCAKE

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Hasil CC yang di buat oleh kak Nazera. Hasil daripada Aisyah.. Kelas Cupcake di hadiri oleh Kak Nazira dari Taman Rnting dan Aisyah dari Singapore. Memula tu kelas senyap je kan.. masing2 tekun bermain dengan gumpaste dan Fondant. Tapi bila dah lelama tu.. Kelas riuh rendah di buatnya. penuh degan gelak ketawa. Lagi2 bila buat baby tidur tu.. Ada yang buat kepala baby tu besar.. ada yang buat mata baby cam mata burung hantu la.. Tapi akhirnya.. Siap.. memang seronok berkerja bersama mereka. Thanks Kak Nazira dan Aisyah.. :)

KELAS BISKUT - SHANTI

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Lagi kelas biskut. Shanti dari Taman Daya.. Kelas berjalan selama 2 hari. juga sebanyak 10 jenis biskut. Ni sebenarnya lebih kepada pertolongan. Ni je gambar sekut yang dapat haku gambar.. yang lain tu. tengah sebok2 kejar masa.. sampai lupa nak amik. Layan je la..

KELAS BISKUT RAYA

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Ni kelas biskut raya yang lepas.. maaf.. Lambat Posting.. banyak lagi projek yang lepas2 tak post ni. Adoiii.... Kelas seramai 7 orang.. memang seronok.. memang best.. tapi memang banyak kekurangan.. dengan lampuku yang romatik itu.. boleh buta di buatnya..hehehhehe.. Maaf la ye dengan kekurangan itu akak2 dan adik2ku serta kawan2ku...ngeh..ngeh..ngeh.. Ni je la gambar yang dapat haku amik.. sepatutnya ada sepuluh jenis sekut.. tapi bila tengok jam dah lewat.. sampai terlupa satu sekut lagi.. yang satu lak tak dapat nak di gambar rupa bentuknya.. sebab masa tu dah kelam kabut di buatnya... hehehe.. Tapi Apa-apon.. tengkiuuu semua.. :)