RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

KELAS HANDMADE CHOCOLATE

Posted by : NINA aka SL 2 Comments

Kelas handmade chocolate di hadiri oleh Khairunisak. ibu muda yang baru lepas bersalin. di beri semangat oleh Suaminya untuk belajar teknik membuat coklat yang mudah. memang mudah. bak kata Nisak.. "Eee.. bestnya kak.. Macam main masak-masak lak.." ngeh..ngeh..ngeh.. tapi dalam keseronokan membuat coklat berbagai jenis2. tiba2 nisak di kejutkan dengan panggilan telefon daripada Suami. Baby nangis... Adoai.. kelam kabut haku berdua ngan nisak keluarkan coklat dari mould. Nisak lak dah tak tentu arah.. fikiran melayang kat umah je.. haku dlm kelam kabut tu masih tak lupa tangkap gambar cekelat yg nisak buat. hehehehhe Nasib baik umah nisak ngan umahku tak jauh sangat.. Hmmm lain kali nak belajar bwk je BB tu mai umah.. :) Thanks Nisak dan jgn lupa Practise lagi tau. P/S: Nak beli Couverture Chocolate. boleh call akak. Stok banyak ni. :) ** kelas coklat juga di hadiri oleh Ina dari Skudai. Sepatutnya Ina saing belajar coklat ngan nisak. tapi pg tu ina ada malasah sikit jd amik Kelas Malam lak. Tp sayangnya yang kelas malam ni haku sangat2 terlupa nak amik gambar Ina. P/s: Ina send akak gambar.

APAM PUTERI AYU

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Buat Apam ni dah berkurun lamanya.. ngeh..ngeh..ngeh... Sedap dan memang gebu... wah.. ai like... resipi kopipes..

Sumber: Rossitamz MYR

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara: 
- Panaskan kukusan.
- Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
- Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
- Kacau lagi hingga sebati.
- Sapu sedikit minyak pada acuan.
- Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
- Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
- Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

UDANG MASAK KUNYIT

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Menu Sempoi.. sempoi la sangat sampai haku malas nak taip resipi.. :)

KELAS HANDMADE CHOCOLATE

Posted by : NINA aka SL 1 Comments

Kelas coklat di hadiri oleh Azura dari Taman Rinting. Sebelum ni Azura ada gak join kursus membuat coklat yang pernah di anjurkan dekat2 sini tapi mungkin nak menambahkan ilmu di dada. :) Jadi bermakna Zura dah ada Asas membuat coklat sebab itu haku kurangkan harga kelas ni utk Zura. Kesian pulak. Dan menurut Zura kelas coklat ni sangat berbeza dengan kursus yang di hadirinya. sebab dalam kelas ni, Zura kena belajar teknik tempering, membuat kulit coklat, membuat filling dari coklat, mengawal suhu dan mengenal jenis2 coklat. Teknik Tempering yang memang memerlukan kesabaran.. hehehhee.. Penat ek zura.. dan menurut zura, Zura dah dapat tempahan coklat dari pelanggannya.

KELAS CUPCAKES - 3/10/09

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Kelas Cupcake di hadiri oleh Chriss dari Taman Rinting dan kak Aziah dari Sedenak kalau tak silap. Seorang peserta bersama rakannya tak dapat hadir di sebabkan ramai sangat org datang berkunjung ke rumahnya.. Tak pe.. Tapi sepatutnya kalau tak dapat hadir bagitau la awal2.. tak payah kita nak tunggu. call pun tak berjawab. Rasa terkilan dengan perangai sebegini sebab rasa teraniaya pulak. tempat dah di reservedkan bermakna tiada kekosongan lagi. yang nak join kelas terpaksa di tolak sebab dah penuh. last2 tak jadi. Orang yang berniaga sepertiku mesti tau "perasaan itu".. ngeh..ngeh..ngeh... Tak pe... Think positive.. :) walaupun kelas di hadiri oleh 2 orang sahaja tapi kelas tetap seronok dan berjalan dengan lancar. Seronok berkerja bersama Chris dan Kak Aziah. Bertungkus lumus buat bunga rose dari buttercream. dan akhirnya.... Mereka berjaya.. Tahniah.. tapi kena practise selalu tau.. nanti lupa.. terima sms dari Chris ** Hi nina, tq banyak2. seronok bljr drp u. Nanti bila ada kls tart kasi tau ye.