Kelas banji Roll di hadiri oleh Kak Lela. Kelas kali ke 3 denganku.. Kelas ni pun kak lela yang request dan haku pun suka.. jadi kelas On la.. haku ngan kak lela 2geder-geder je.. memandangkan tak de yang minat kot.. tapi hari tu sahaja kak lela buat 6 jenis roll.. Puas woooo.... haku rembat sebatang.. best kelas ni.. sebab dah biasa agaknya dengan kak Lela dan Bodyguard keciknya yang 2 orang tu.. hehehehe... Thanks Kak.... Balik rumah jangan tak buat.... Buat tau... :)
MAKAN TIME
Ehem..ehem... Murah sajork....
Ni xtvt semalam. Mr. Hubby pun tak keje.. Order pun tak de.. jadi haku ajak Mr. Hubby gi Bakewell beli barang, pas tu amik barang lak rumah Kak Leen dan pas tu jalan2 gi HP cari barang.. hehehehehe
memang b'jalan sajork... dah penat b'jalan dan dah dapat apa yang di hajati.. masa untuk melantak la pulak.. Pilih punya pilih punya pilih... Akhirnya Restoran Todak jadi pilihan. nak makan seafood... Budak b'3 tu kemain suka sebab dapat tengok ikan, ketam ngan siput segala bagai... Dan setelah melangsaikan apa yang ada atas meja tu.. kitaorang anak beranak pun balik... SEKIAN..
KELAS HANDMADE CHOCOLATE
Kak Rohana - Gigih datang dari singapore. siap tersangkut kat custom. jalan sesak.. Demi Chocolate.. kak ana sanggup.. hehehehe
Suhana dari Skudai je.. Tokey kuih Talam.. Nak tempah kuih talam boleh call Ana. :)
Kelas handmade chocolate di hadiri oleh 2 orang yang bernama Ana.. tapi satu Suhana dan satu lagi Rohana. Kelas berjalan seperti biasa tapi agak senyap sedikit.. mungkin masih belum mengenali satu sama lain.. hehehe.. Dan kelas kali ni agak sibuk juga.. sebab di ganggu oleh anak2ku.. Kes Mr. Hubby blk lambat.. hangin je kan..
Korang layanz la ek gambo kelas..
TIDO TIME..
Belek2 kat folder tetiba terjumpa lak pic anak2ku tengah lena di ulit intan.. hehhehe
MAJLIS PERKAHWINAN - part 2
Tak tido semalaman haku buat kek ni taw..
Mak pengantin merangkap kakak iparku nakkan kek 5 tingkat.. tapi haku larat buat 4 jer.. sponser kan.. terpaksa terima. ngeh..ngeh..ngeh..
Tak banyak gambar yang di ambil sebab belah penganti lelaki tak de majlis bersanding bagai.. hanya Makan Damai dan bermesra ngan tetamu.
MAJLIS PERKAHWINAN KAT N9 - PART 1
Yang ni Majlis Belah pengantin perempuan kat Kelang
Rombongan pengantin lelaki - kitaorg la tu
Berarak menuju pelamin - ada red carpet wooo
Sanding Time...
Haku .. ngeh..ngeh.ngeh...
Lawa kan.. Kedai Maliiii....
Ni xtvt bulan lepas. lambat nak tepek. majlis perkahwinan Anak sedara Mr. Hubby kat Negeri 9. Korang layanzzz ek.. tak leh nak story mori panjang sebab rasa mcm nak demam.. Ohhhh.... TidakkkKKkkkkkk......
BANJI ROLL
Haku cam salah susun inti je kan.. ngeh..ngeh..ngeh...
Yang ni versi gulung la sesuka hatimu AKA versi orang malas
Jemput makan..
Ni saje2 buat.. Tekak terasa nak mkn banji roll sambil mengasah bakatku yang selama 11 tahun tak buat banji Roll.. Lama kan? Tapi Roll lapis baru raya lepas buat. ngeh..ngeh..ngeh.. Bila dah buat tu kan.. Adunan kulit banyak lagi.. Inti yang dah siap pun bnyk lagi.. tapi kemalasan mula melanda diri.. Hmm haku tuang je adunan kulit tu.. buat tebal2.. tu yang kulit banji roll ku agak tebal. Balance Inti (haku dah malas nak lekat), haku suruh Budak ber3 tu bedal (mmg tengah tunggu haku offer) ngeh..ngeh..ngeh...
ROTI MARBLE
Dah lama tak meroti... sekali buat.. Ha amik ko kembang tak hengat..
Tiba-tiba haku 'terajin' lak meroti. tak tahan godaan bila haku selongkar Gobok Mat Gebu. banyak nooo roti dlm goboknya ituew.. tapi haku memilih untuk mencilok resipi roti marblenya.. Ternyata.. tak silap haku memilih.. Licin..
Tengkiuuu Mat.. :)
Resipi macam besa lerr.. Kopipes
Resipi Asal: Onigiri
Sumber: Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g tepung roti - haku guna tepung gandum
50 g tepung gandum
1 camca besar mentega
140 - 150 ml susu segar
1 camca teh yis
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca besar serbuk kokok + sedikit air, jadikan pes
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh yis dengan sedikit susu (anggaran 50 ml), larutkan dan biar sekejap.
- Satukan tepung roti, tepung gandum, bread improver, garam dan gula, kacau rata.
- Tuang bancuhan yis dan gaul sambil dituang baki susu segar sedikit demi sedikit, hingga adunan menjadi doh.
- Tambah mentega dan uli hingga doh menjadi kenyal dan elastik.
- Bulat2kan doh, letak dalam bekas, dan tutup dengan cling film.
- Biar 40 minit, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
- Bahagi doh kepada 3 bahagian yang sama besar.
- Satu bahagian digaul bersama pes koko tadi dan uli hingga warna sekata (jika perlu tambah sedikit tepung roti).
- Canai doh tadi, biar sama saiz dengan 2 bahagian doh tanpa warna.
- Balutkan doh coklat hingga tidak kelihatan.
-Canai sedikit dan potong kepada 3 bahagian.
- Buatkan simpulan tocang pada doh tadi, dan alihkan ke dalam tin berukuran (9 x 4 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak.
- Biarkan naik 2 x ganda (kurang lebih 1 jam).
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing.
- Sapukan mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven.
- Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong...
KELAS ANEKA JENIS TART
Nasib baik sofa tu muat duduk b'5. hehehhehe
** CHRIS - kelas kali ke2
** NADIA - cute kan? baru je habis belajar kau UITM Melaka..
** KAK WATIE - nama dah ingat dah. hehehe
** KAK LELA - Kelas kali ke 2. setiap kali kelas mesti di temani anak2nya
** LENA - slow je dier ni tau. pemalu gitue.. hehe
sape la yang tuang filling ni ek.. sampai melimpah ruah.. :)
Tatlet buah-buahan.
Tat telur
B'berry cistat
Kelas aneka jenis Tart di hadiri oleh 5 org student. Kelas yang sangat riuh. penuh dengan gelak ketawa. sambil buat Tart sambil pot pet pot pet.. biasa la pompuan.. citer pasal makan mesti tak tinggal.. kat restoran mana paling sedap la.. otel mana makan yang best la.. hehehe..
Dan semua datang tepat pada waktunya.. bagus..bagus.. hehehehe.. kelas di mulakan dengan penerangan membuat kulit tart.
dan dalam kelas ni gak student di haruskan membuat 2 jenis CRUST yang berbeza. jadi boleh pilih yang mana lagi sedap. dan seterusnya bla..bla..bla......
tapi kelas kali ni memang best. tapi yang pastinya hari tu memang puas haku makan tart... ngeh..ngeh...ngeh...
Subscribe to:
Posts (Atom)










