RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

Ayam Masak Sos

Posted by : Nina Mahdar

Haku seboleh-bolehnya dalam bulan puasa ni tak nak gi Bazar Ramadhan. sebenarnya banyak faktor menghalang haku pegi + sedikit Fobia.. sebab pernah terjumpa lalat dan rambut dalam makanan... rasanya dekat 3 4 kali jugak la tahun lepas.. (malang khennn) Nak gi pasar malam pon haku kena berfikir banyak kali... jadi nampaknya.. nak tak nak.. haku kena merajinkan diri juga masak... jadi bulan ni adalah bulan haku rajin memasak.. ngeh..ngeh..ngeh..

Bahan-bahan:
Dada ayam - potong kecil - goreng terlebih dahulu pun sedap
2 biji bawang merah - hiris halus
3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1" halia - hiris halus
2 biji tomato
4 tangkai lada kering
sedikit lada hitam
1 batang lobak merah - potong bulat
sos tiram
sos cili
sos tomato
soya sos
sedikit kicap pekat
1/2 cawan air
sedikit gula + garam

Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dalam kuali. tumis semua bawang, halia dan lada kering hingga garing.
- Kemudian masuk 1/2 cawan air. gaul rata.
- Masuk ayam dan semua jenis sos + lada hitam. masuk lobak.
- Biar hingga mendidih dan masak hingga kuah agak pekat.
- Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan dengan garam + sedikit gula.
- Angkat dan tabur dengan daun sup. hidangkan..

0 comments: