RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

KELAS ANEKA TART

Posted by : NINA aka SL 1 Comments


Baru berkesempatan menghapdet.. terlalu sibuk dengan tugas seharian... Jom layan kelas tart pula..

Kelas di hadiri oleh Iena, Aziana, Ida, Yati dan Dyg Fauziah. Dalam kelas ni peserta akan membuat 2 jenis kaedah pastri.. yang rapuh dan yang 'selamat'. jadi boleh pilih yang mana jadi idaman kalbu.. dan di atas adalah hasil2 daripada peserta. Layanzz....

p/s - SiJil.. nanti di pos ye.. busy bangettt...

KELAS KEK LAPIS DI KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Yeah.....

best.... hehehhe

Satu-satunya peserta lelaki...

Kek Lapis Corak..  

Kek Lapis cream O - lemak berkrim.. nyum..nyum..nyum...

Sekali lagi haku di beri peluang untuk mengendalikan Kursus Jangka Pendek di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Seperti biasa kursus kali ni adalah kursus Kek Lapis. seramai 25 peserta yang hadir pada kursus ni.. kelas berjalan seperti biasa.. dan walaupun agak ramai tetapi kelas tetap riuh dengan celoteh masing2. Memang best kelas kali ni sebab peserta agak sporting. boleh bergurau senda. Tetapi  kelas habis lambat di sebabkan.. tak de sebab pon... nape ek lambat masa ni...?? hehehe.. mungkin sebab haku pandai2 tambah resipi biskut dalam kelas ni... hahahha... Bonus la tu ek... Layanzz

KETAM MASAK LEMAK

Posted by : NINA aka SL 2 Comments


Menu malam tadi.. dah lama tak makan ketam.. sekali hadap je..  lichin.... nyum..nyum..nyum.....

Sumber: Mat Gebu MyResipi

Bahan-bahan:
4 ekor ketam besar, dibersihkan
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
3 batang lada merah*
3 biji buah keras* - tak letak
1 inci kunyit hidup*
1/2 cm belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus) - tak letak
1 asam keping
 1 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan - tak letak
2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka) - tak letak

Cara membuatnya:

  1. Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
  2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.

  3. Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula. Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit
  4. Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.

BUBUR DURIAN KACANG HIJAU

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Ni menu semalam.. makan masa hujan-hujan.. Perghhh.... bestttt...... Layanzz

Bahan-bahan:
500gm Kacang hijau - basuh dan rendam kejap
100gm biji sagu - basuh dan rendam kejap
1 biji gula melaka
2 cawan gula pasir
250ml santan pekat
2 - 3 cawan air - ikut kepekatan
sedikit garam
1 sudu makan minyak masak
beberapa ketul isi durian

Cara membuatnya:
- Masuk kacang hijau + minyak masak dalam periuk. tuang air. lebih dalam 1" dari kacang.
- Kemudian rebus dalam 20minit.
- Masukkan pula sagu tadi. Biar kembang sekali dengan kacang. Rebus hingga kacang empuk.
- Lebur sekali gula melaka + gula + 2 cawan air masuk kedalam adunan kacang. (kalau rajin boleh masak berasingan)
- kacau hingga gula melaka larut. dan terus masukkan isi durian. tunggu dalam 10minit. baru masukkan santan + garam.
- Kacau rata dan siap untuk di hidang

KELAS CARTOON ARTWORK

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Kelas terakhir sewaktu haku di sabah. dah la Flight haku pukul 3.30pm. haku takut je tak sempat kan.. tapi di sebabkan si Lydia yang cute miut ni nak sangat belajar cartoon artwork.. pas tu memaksa pulak tuh... hahahahha.. aku terima juga. dalam kelas ni haku biarkan Lydia bebas mendeco di atas kek.. janji cartoonnya dah ada atas kek... yang laen2 haku serahkan pada Lydia....bila lydia ckp nak buat mcm ni.. haku tunjuk dan lydia buat sendiri.. Mudah.. lagipun Lydia dah memang ada asas mendeco.. Ternyata hasilnya cantik dan tak sia2 haku lambat gi airport.. nasib baek tak kenal tinggal kapal terbang tau... ngeh..ngeh..ngeh...

KELAS BASIC FONDANT CAKE

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Dari Kiri K. NurSyafiqa. K.Norasiah, K.Habibah, K.Roslinah dan Siti Hajar. Tak de dalam gambar Kak Salamah sebab dah siap dan dah balik awal...

Hasil fondant daripada mereka...

Ni Kak Salamah punya..

K. Nursyafiqa punya... cantik.. memang ada bakat terpendam....

Siti hajar punya.. biar lambat asalkan cantik kan dik... hehehe

K.Norasiah punya.. tak sempat buat bunga rose... hehehe nasib baik dapat 2 kuntum...

Kak habibah yang buat... tak nampak pulak kelopak bunga rose yang di sendal tu.. hehhhe

Dan Akhir sekali Kak Roslinah.. ni yang terawal buat.. tapi siap paling lambat.. sebab fondantnya tertlalu tebal di uli.. jadi bila nak membentuk agak payah.. yang ni semuanya versi tebal... hehehehe

Kali ni kelas Fondant pula. juga serami 6 orang yang mengambil bahagian dalam kelas ni.. kelas ni best tapi memenatkan.. di mulakan dengan pengenalan dan perbezaan fondant dan gumpaste.. teknik menguli fondant dan bahan yg di gunakan supaya fondant tak retak.. membuat frills.. bunga-bungaan, ribbon, dan akhir sekali Royal icing.. lihat la hasil mereka yang pertama kali mengenal fondant..  semuanya mereka buat sendiri... Layanzzz

KELAS ANEKA TART

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Dari Kiri K.Nursyafiqa, K. Niza, Lydia, K.Loziah dan K. Roslina. tak de dalam gambar kak Salamah.. sebab solat.


Lagi kelas di sabah. kelas aneka Tart.. seramai 6 orang yang mengambil kelas ni.. dalam kelas macam biasa.. haku akan ajar 2 jenis kaedah pastri.. rapuh dan yang selamat bila di pegang... dan filing2 yang seswaiii utk di isi di dalam tart.. tips utk mengelakkan tart cepat lemau.. dan lain2 lagi la... kelas yang best dan memang best la... 6 orang tapi suara macam 12 org... hehehee

KELAS ANEKA TART

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Non Bake Oreo Cheesecake... Perghhhh.... ciskek ni sodap banget.. sampai kakak iparku tak tahan godaan.. terus gi beli krimcis,, mintak tolong haku buatkan....

Opps.. yang ambil kelas ni hanya Kak Roslina dan Milla je... Special Request..

Kak Haweena dan Milla... abaikan tart yang rentung tu... sebab haku pandai2 bakar guna oven kek lapis.. pas tu tanggalkan sebab sebok pi begambar.. 


Kelas Aneka tart di ambil oleh Kak Haweena dan Milla.. lepas kelas kek lapis terus berhempas pulas pulak buat tart... sebab mereka berdua tak de masa jadi kena habiskan kelas satu hari.. tapi berbaloi-baloi kan.. pas ni boleh buat tart sendiri ye.. :)

KELAS KEK LAPIS DI INANAM SABAH

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Dari Kiri Kak Loziah, Kak Roslina, Kak Haweena, Milla dan Lydia... Lihat lah muka mereka.... Berminyakkkkkk hahahahahha

Kek Lapis Choc O... cantiknya lapisan.... Sapa la yang melapis ni ye... (ayat menyindir....) hahahaha

Kek Lapis Aiskrim Blueberry.... kek ni moist bangett... sampai basah gitue.... aww i loike...

Kek Lapis Corak.... hoccay.. semua yang masuk kelas ni LULUS... hehehhee

Kelas kek lapis semasa haku balik ke sabah hari tu.. kelas yang sangat seronok sebab masing2 mulut tak leh kunci.. pot pet pot pet sepanjang kelas...sambil melapis... sambil pot pet.. sambil melapis sambil pot pet... hahahhahah.. tapi memang seronok... korang layan je la eh...

ELISYA BIRTHDAY PART 2

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Elisya dan rakan sekelas.. Adam tak masuk dalam list.. hehehe


Yang ni pulak sambutan harijadi Elisya kat tadika.. macam biasa la.. bila tanya nak kek apa.. Mesti kek Princess.. buat je la.. sambut pun dah lewat 2 hari.. kesian pulak.. pagi2 tu masa hantar diorang gi sekolah.. bwk sekali segala bagai kek ni semua. pas tu haku siap bagi camera kat cikgu tadika tu.. sebab haku malas nak datang.. boleh?? main pesan je kan... hehehhee.. Layanzzz

HAPPY BELATED BIRTHDAY ELISYA ERINA - 13/04/2010

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

3 biji kek jew.....

Perhatikan budak baju hitam tu..... iskk yang belakang tu pon baju hitam gak.....

Makin dekat................. Dan........................

Akhirnya kena marah... sebab pandai2 tiup lilin birthday gurl.. hehehhee

Terpaksa buat sekali lagi.... tinggal budak kecil baju hitam yang teringin gak nak tiup lilin.. budak besar tu dah kena halau.. hahahaha

Beli kek di sebuah kedai Kek yang agak Terkenal.....

Terus terang.. kek ni semua masih ada kat dalam peti ais... tak de sapa nak makan... cuit sikit jew...

Disebabkan mood haku yang tak berapa nak elok. dan tersangat penat sebab baru balik dari Sabah.. jadi haku tak dapat nak sambut ulangtahun Elisya yang ke4 secara besar-besaran. kesian jugak.. jadi hari tu haku mengambil keputusan untuk keluar berpoya-poya dengan anak-anakku... boleh.....??
Aktiviti selepas keluarkan kereta dari perkarangan rumah.....
Tujuan Utama.. pegi bandar JB.. pas tu Check in di salah sebuah Hotel... Pas tu gi Ct Square..jalan2 cari makan.... Pas tu Beli 3 Slice kek.. Harga RM31.00 utk 3 slice kek... pas tu balik Hotel.. mandi manda.. budak2 tu macam tak pernah tido hotel... habis satu bilik di geledahnya.. sampai receptionist call haku suruh jgn main telefon.. hadoiiiiiiiiiiiiii................. pas tu turun balik gi JB.. Mamam Kat McD... pas tu naik balik hotel...... sambut birthday Elisya.... Sekian...