RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

KELAS CUPCAKES

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Hedayah bergambar bersama sijil dan cupcake yang dibuatnya


Kelas cupcake di hadiri oleh Hedayah. sebelum ni asyik menempah je denganku.. kali ni dayah mengambil keputusan untuk belajar pula cara menghasilkan cc sebegini rupa. dalam kelas ni.. Perghhh lebih banyak besembang daripada bekerja.. hehehhee.. lewat juga habis kelas.. habis mana taknya... asyik pot pet pot pet sepanjang kelas. Apapon seronok berkerja bersama Dayah. thanks ye dik.. lepas ni dah boleh buat sendiri

TAKOYAKI - IKLAN

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Takoyaki 3pcs - RM2.00

Nak merasa Takoyaki buatan Nina Bake House. Boleh datang ke gerai kami di Kompleks Pusat Bandar pasir Gudang. Kami berada di sana sehingga Ahad ini. Juga boleh dapatkan produk keluaran kami seperti Blueberry Cheesetart, Tiramisu, Cupcakes, Kek Coklat Lembab dan Handmade Chocolate.
Mari sama2 memeriahkan lagi jualan karnival usahawan di pusat bandar.

KELAS STEAM BUTTERCREAM

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Kelas kali ke 2 denganku. di hadiri oleh Kak Siti. kali ni belajar menyetim pula.. hehehhee....  Thanks ye kak.

KELAS ANEKA JENIS TART DAN CUPCAKE

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Kelas kali ni di hadiri oleh Erna. Ambil cuti semata2 nak belajar menghias cupcake dan membuat aneka tart. Dan baru2 ni terima sms dari erna yang dia dah mula mendapat tempahan. Thanks ye erna. semoga berjaya dalam bidang yang baru di ceburi ni ye. Amin

KELAS ANEKA JENIS MUFFIN

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Lamanya tak menghapdet.. minggu ni terlalu busy dengan karnival. tapi haku cuba sedapa upaya untuk tidak meninggalkan rumah yang satu ini lama2. nanti korang bohsan.. asyik gambar yang sama je kan.. ok.. layan kelas ni lak..

Kelas aneka jenis muffin di hadiri oleh Iza dari Seri Alam kalau tak silap. berminat mengikuti kelas muffin sebab boleh bawak ke rumah mak mentua.. dalam kelas ni banyak tips2 dan petua untuk menghasilkan muffin sebegini rupa. masa tengah susun muffin ni.. Izah amat berhati2 sebab takut muffin yang di buatnya tergolek sana sini.. hehehhee... yang cantik harus duduk di atas.. thanks ye dik.. semoga berjumpa lagi di kelas akan datang.

Erk.. esok2 la hapdet lagi... penat...... ~

KARNIVAL USAHAWAN DI KOMPELS PUSAT BANDAR PG

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

MARI BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN LAGI KARNIVAL USAHAWAN DI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG.
DAN MACAM BIASA.. HAKU BUKA BOOTH KAT SANA. LOKASI BERDEPAN DENGAN PUSAT ZAKAT BAWAH ESCLATOR.
JUALAN HARI INI - CUPCAKES, KUIH TALAM CENDOL, KEK COKLAT KUKUS, MUFFIN...
CHEESETART YELLEK... TAK SEMPAT.. ESOK BARU ADA CISTART.......

jOMMMMMMMMMMMMM.....................

KELAS ANEKA TART DAN MUFFIN

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Kelas aneka tart dan muffin di hadiri oleh Shamsiah dari Sentosa JB. hasil dorongan daripada suami Sham mengambil 2 kelas sekaligus. Semua ni di buat sendiri oleh Sham. dalam kelas tart sham di perkenalkan dengan jenis tart yang rapuh dan yang selamat bila di pegang. dan dalam kelas muffin pula sham di perkenalkan dengan muffin yang bertekstur Roti dan Kek. yang paling best ada muffin kukus lagi.. Apapon semoga berjaya ye dik.

p/s - terima sms dari sham yang dia sangat berpuas hati dengan semua hasil yang di pelajarinya.. ermm.. nanti dating lagi ye dik dlm kelas seterusnya..

KELAS KEK COKLAT GANACHE

Posted by : NINA aka SL 0 Comments



Kelas Kek Coklat Ganache juga di hadiri oleh Jah dan Zara. haku dah tak ingat dak kek diorang ni mana satu. Dalam kelas ni semua kek di hias menggunakan coklat. Hantu coklat memang seswaiii la ngan kek ni.. Apapon tahniah pada anda berdua sebab berjaya menghasilkan kek sebegini rupa.. dah balik tu.. jangan lupa buat ya..

KELAS CUPCAKES

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Cupcakes yang di hasilkan oleh Jah

Ni lak hasil daripada Zara


Lamanya tak menghapdet. semenjak 2 menjak ni agak sibuk dengan aktiviti luar.. dan agak penat sebenarnya. tu yang kurang menghadap rumah yang satu ini..

Ok.. kelas cupcakes di hadiri oleh 2 rakan baik. Zara dan Khadijah. kelas kali ke 3 denganku.. kali ni haku biarkan mereka mendeco IKUT SUKA ATI MEREKA.. maknanya diorang tanya haku tunjukkan... haku kalau kelas dengan diorang berdua ni.. ngam betol... pot pet pot pet sepanjang masa.. banyak betul benda nak di bualkan.. sampai tak cukup2. tapi tu la.. diorang berdua ni agak malu-malu kucen nak di ambil gambar. jadi dapat tengok hasil kerja mereka je la ye.. Apapon.. memang seronok berkerja bersama anda berdua. Semoga maju jaya dalam apa jua bidang yang di ceburi ya.. Amin

Kuih Lapis Coklat (Lapis Marble Kopi)

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Ni sebab tak tahan masuk rumah kak Ummi tengok kuih lapis yang dia buat..bila pejam mate je.. terbayang2 kuih lapis.. memanggil-manggil dengan suara lemak2 dari santan kelapa tu... Mmmmiahahhahaha... Angau.. Korang layan je la ek..



Resipi Asal : Aneka Talam dan Kuih Lapis
Sumber: Kak Ummi - home sweet home


Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum - (haku guna 1/2 cawan)*
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras - (haku guna 1/2 cawan)*
  • 2 sudu makan tepung kastad - (tukar ke tepung jagung)*
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:
  • 1 sudu teh pes coklat/emulco
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • 1/4 cawan air suam
# bancuh bersama bahan B di atas.
Bahan C:
  • 1/4 cawan air suam
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan (haku guna whisk)*
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
  5. Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
  6. Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
  7. Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
  8. Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
  9. Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.

    SUP SAYUR

    Posted by : NINA aka SL 0 Comments


    Mr. hubby kalau nak makan kena ada menu yang bekuah.. tak kisah la masak apa pon.. janji yang b'kuah.. memandangkan kerajinan haku terlebih-lebih... haku masak semua dalam satu... hehehhe... Rojak... senang kerja haku... kiranya menu ni adalah sayur campur yang berkuah la ni... ngeh..ngeh..ngeh

    Bahan-bahan;
    3 biji telur
    1 batang lobak - potong bulat
    sayur jagung
    kacang buncis
    sotong
    su'un
    2 biji bawang merah - hiris halus
    1/2 inci halia - hiris halus
    garam + serbuk perasa
    Serbuk lada hitam

    Cara membuatnya:
    - Masukkan 3 cawan air dalam kuali. biarkan mendidih.
    - kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji. bila telur dah masak angkat dan ketepikan
    - panaskan minyak dlm periuk. tumis bawang dan halia hingga garing
    - masukkan 3 cawan air telur tadi ke dalam periuk. kemudian masukkan su'un.
    - masukkan pula lobak dan sayur jagung. biarkan mendidih sekejap.
    - masukkan sotong dan kacang buncis. akhir sekali masukkan telur tadi.
    - perasakan dengan garam + megi secukup rasa + lada hitam
    - angkat dan boleh lah di hidangkan bersama daun sup (haku tak de) :)

    IKAN KERISI 3 RASA

    Posted by : NINA aka SL 0 Comments


    Ni tengah dalam mood rajin nak memasak nih... habis gobok2 org haku selongkar.. cari resipi... hhehehhehe.. halal ye..

    Sumber: Kak Jun

    Bahan-bahan:
    Seekor ikan kerapu - haku tukar ikan kerisi
    2 biji bawang putih - dicincang halus
    5 biji bawang merah - dicincang halus
    8 biji cili merah - dicincang halus - tak letak
    2 biji tomato - dipotong dadu
    2 kerat nenas - tak de stok
    2 sudu cili boh - tak letak
    3 sudu sos tiram
    2 sudu sos ikan
    Sedikit daun ketumbar- tak letak
    1 sudu besar tepung jagung
    serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
    Minyak

    Cara membuatnya:

    1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
    2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
    3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
    4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
    5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

    SAYUR CAMPUR

    Posted by : NINA aka SL 0 Comments


    Haku paling suka masak sayur pesen cenggini.. hehhee.. tak yah makan ngan nasik pun boleh...  i loike..

    Bahan-Bahan:
    1 biji bawang merah sederhana besar - hiris halus
    2 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
    1/2 inci halia - hiris halus
    Sotong - bersihkan dan potong suka ati
    segenggam kacang buncis - potong2
    lobak merah
    sayur jagung - haku tak tau nama sebenar sayur ni.. hehehe
    Capsicum - potong dadu
    1 sudu makan tepung jagung - bancuh bersama suku cawan air
    garam dan serbuk perasa
    1 sudu makan sos tiram

    Cara membuatnya:
    - Tumis bawang, halia dan capsium hingga garing.
    - masukkan lobak. masukkan 3 sudu air.
    - kemudian masukkan sotong. gaul kejap.
    - masukkan bahan2 yang lain. tuang tepung jagung yang telah di bancuh bersama air
    - masukkan serbuk perasa dan sos tiram. bila kuah agak pekat dan mendidih tutup api.
    - angkat dan hidangkan

    SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

    Posted by : NINA aka SL 0 Comments


    Ni menu kegemaran Mr. hubby.. tapi siyes.. pening gilos haku time masak menu ni.. belen petai haku buang dalam tong sampah.. macam nak gila haku bau petai.. ni pertama kali dalam hidup haku masak udang + petai . selalu Mr. Hubby beli petai (dia sorang makan) tapi masih dalam papan tu.. yang haku pi beli petai yang dah siap di kopek (dlm plastik).. punya la semerbak bau dia.. tapi bila dah siap masak... erkkk.. memang bau petai... hehehe..


    Sumber: Mat Gebu

    Bahan-Bahannya:
    4 papan petai, kupas, cuci dan toskan
    60 g ikan bilis, rendam, cuci dan toskan - tukar udang
    1 1/2 cawan cili kisar
    1/2 cawan jus asam jawa
    Garam dan gula secukup rasa
    6 biji bawang merah*
    2 ulas bawang putih*
    1 keping hirisan halia*
    1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

    Cara membuatnya :-)
    - Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk bersama cili kisar hingga garing dan terbit minyak.
    - Masukkan jus asam jawa dan petai. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
    - Kemudian masukkan Udang, gaul rata dan masak hingga pekat, gunakan api sederhana.
    - Rasa dan jika ok boleh diangkat dan hidangkan....