RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

PUSPANITA LPP

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Ni cerita minggu-minggu lepas. di mana haku telah di jemput untuk menjayakan Program Puspanita Sempena Perhimpunan Dwi Tahunan Lembaga Pertubuhan Peladang 2010. (Seluruh Malaysia) bertempat di Dewan Seri Perdana UTM Skudai.

Menyambut ketibaan Datin Kasma Aini isteri kepada Dato' Pengerusi LPP

 Pemenang pertandingan menghias Cupcake jatuh kepada Zone Johor. Tahniah...

Hasil daripada mereka..

Pemenang tempat ke2 jatuh kepada Zone KL (HQ)

Menang pada persembahan sebenarnya..

 Pemenang tempat ke 3 jatuh kepada... yang ni dah bercampur aduk... Ada yang dari kedah dan penang.. Zone belah utara..

Persembahan kurang memuaskan tapi pemarkahan lebih kepada hiasan cupcake... Kumpulan ni pandai bermain warna.. jadi dapat la tempat ke3

Temat ke 4 jatuh kepada kumpulan ini... ni pun dah bercampur aduk. setiap negeri mesti hantar 2 wakil.

cantik jugak...

Tempat terakhir... Sabah & Kelantan kalau tak silap

ok la... janji mencuba kan..

Dalam Program ini haku di minta untuk menunjukkan cara2 membuat cupcake (asas) dan menjadi pengadil untuk pertandingan. Wah.. sangat seronok... dan sangat seronok bila Datin mengadili bersama haku dan memberikan pendapat.. Layanzzz... (otak tengah tepu ni..)

SOTONG MASAK SOS

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Rumah haku ni tak boleh kalau tak de encik sutun ni.. :) sebab haku ni penchentaa hidupan laut.. jadi segala macam hidupan laut yang boleh di bedal musti ada kat dalam esbok haku... :) dan di sebabkan dalam esbok haku ni ada beberapa botol sos. jadi menu hari ini adalah sutun masak sos... (pandai si sutun ni masak sos ye...)


bahan-bahan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia - hiris halus
5 tangkai cili kering
beberapa tangkai daun bawang - potong
sos cili
sos tomato
sos tiram
sedikit air
sedikit garam (tak letak pun tak pe)


Cara membuatnya:
- Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia hingga garing.
- Masuk cili kering. kemudian masuk semua sos yang ada. agak2 la ye
- Masuk sotong tadi. dan daun bawang. perasakan sedikit dengan garam.
- Gaul hingga sos agak pekat. jangan masak terlalu lama. nanti sotong akan liat
- Angkat dan hidangkan

SAMBAL TERUNG

Posted by : NINA aka SL 2 Comments


Ni sayur haku sorang je bedal.. budak2 op kos la tak leh makan.. Mr. Hubby lak tak berapa gemar makan terung ni.. Tapi haku sangat gemar bila terung masak cenggini... :) (haku apapon bedal)... Layanzzz



Bahan-bahan:
1 batang terung panjang - kerat beberapa bahagian dan belah 2
Segenggam lada kering - Rendam air panas / rebus je **
separuh genggam udang kering - :) rendam **
2 biji bawang merah **
2 ulas bawang putih **
setengah cawan air asam jawa
gula, garam dan sedikit pak aji



Cara Membuatnya: (versiku)
- panaskankan kuali non stick. letak sedikit olive oil. masuk terung dan masak hingga terung lembut
- Blender bahan yang bertanda **
- panaskan kuali. letak minyak. tumis bahan yang telah di blender tadi sehingga garing.
- kemudian tuang air asam jawa. masak dengan api perlahan hingga sambal menggelegak
- masukkan terung. masuk sedikit gula, garam dan pak aji. gaul rata.
- masak hingga sambal kering sedikit + keluar minyak.
- angkat dan hidangkan

YEW'S CAFE

Posted by : NINA aka SL 3 Comments

Aktiviti meraikan ulangtahun Mr. Hubby.. tak de kek..Hadiah pon tarak... cuma belanja makan di Cafe kegemaran kami.. Layanzzzz.....


Nak makan kena bawak yang satu ini..

Menu pertama... sebab nak sogok budak bertiga tu supaya diam... (patutnya ni menu last)

2 2 fries ni untuk adam.... TAMAK...

lepas tu dia satukan fries tu.. tengok orang tamak makan.... :)

Di sebabkan dia makan banyak jadi haku beri dia satu ciuman.. ngeh..ngeh..ngeh...

Cuttlefish.. very Sedap...

Crispy chicken fried - ni elisya punya....

Tak habis ponnn....

Ni Mr. Hubby order - sedap gak..

Ayam pandan - siyes tak leh masuk kat tekak haku..

Ni haku punya - black pepper tenderloin steak

Ni semua dia bedal...

Di sebabkan haku makan banyak.. dia lak bagi haku satu ciuman yang beminyak...hehe (sebab mulut budak ni penuh minyak.. makan ayam)

Xtvt selepas kekenyangan...

kenapa la nihh......

Buat macam kat rumah sendiri kan... ngeh..ngeh..ngeh...

Tamat.. . :)

CHOCOLATE BROWNIES

Posted by : NINA aka SL 2 Comments



Penuhi permintaan Adam.. asyik merengek nak makan kek cekelat.. ni sebabkan mamanya masih dalam mood M jadi kek coklat ku gantikan dengan brownie coklat...  versi brownies ni lain sket sebab permukaannya tak bekerak. lembab2 gitue..  tak bubuh topping.. yang ni je melekat rasa coklatnya kat tekak...

Sumber: All Recipes

Bahan-bahan:
1/2 cawan butter
1 cawan brown sugar
2 biji telur
1tsp esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam - tak letak
1/4 tsp baking powder


Cara membuatnya:
- masukkan butter dalam mangkuk kecil. cairkan di atas api. matikan api
- masukkan gula perang. dan kacau rata
- dalam mangkuk lain. pukul telur menggunakan whisk. masuk esen.
- masuk tepung + baking powder + garam + serbuk koko yang telah di ayak.
- tuang butter cair tadi. gaul rata. tuang ke dalam loyang.
- Bakar selama 30minit pada suhu 175'c - haku guna 160'c

BROKOLI WIF TAUGEH

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Dulu haku sangat tak suka makan brokoli ni.. sebab rupa paras brokoli ni macam menakutkan haku.. lepas tu haku fikir brokoli ni sangat la pahit.. jadi haku tak berani nak cuba2 makan..kalau family haku masak je.. mesti muncung haku panjang sampai boleh sangkut hanger.. (tak pernah cuba sangkut lagi)..haku tengok family haku makan rilek je.. siap kata.. "tak pahit la..." tapi haku masih takut nak cuba..
Tapi semua itu berubah setelah haku masuh asrama.. di sebabkan.. (korang tau la menu kat asrama macam mana kan...) satu hari.. haku tak tau hari apa... :)  haku pun telah membedal brokoli ini dengan perasaan bercampur aduk.. dan.. ngeh..ngeh..ngeh.... Peria lagi pahit....


 
Bahan-bahan:
Sayur Brokoli - potong la suka ati korang
Lobak Merah
segenggam taugeh - (haku sangat termalass nak buang ekor)
beberapa biji fish ball
2 biji bawang putih - ketuk dan cincang
1 biji bawang merah
sos tiram

Cara membuatnya: (versiku)
- panaskan air dalam periuk. 
- Masuk brokoli rendam hinggawarna bertukar menjadi hijau (layu) ngeh..ngeh..ngeh
- angkat dan toskan)
- masuk pula lobak. rendam hingga lembut. angkat dan toskan.
- panaskan minyak dalam kuali.
- tumis semua bawang + fish ball hingga garing. 
- masuk brokoli, lobak dan taugeh.
- gaul seketika. masuk sos tiram. gaul hingga sebati. (sekejap sahaja)
- Angkat dan hidangkan


KELAS FONDANT

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Kelas Fondant di hadiri oleh Kak Lela dan aku lupa nama adik ni.. Adik ni masih belajar lagi kat UITM Shah Alam.. tapi mengambil sedikit masa cutinya untuk belajar Fondant. Dalam kelas ini semuanya homemade. tidak yang menggunakan ready made.. dari membancuh kek.. seterusnya membuat Gumpaste dan membuat bunga Ros dan bunga Ros lain pesen.. (bunga kak Lela) hehehhe.. dan dah siap bunga tu.. sambung pulak buat Fondant... Dan... seterusnya sampai jadi seperti di atas.. tahniah ya kepada anda berdua... :)