RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

PIZZA

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Masa kelas roti hari tu rasa macam tak puas makan Pizza yang student buat.. teringat-ingat.. Pulak tu Lepas kelas Mr. Hubby tanya ada pizza lebih tak? ngeh..ngeh..ngeh.... serdak pizza pun licin ni kan pulak sekeping pizza.. kesian pula.. balik2 tanya aku bila nak buat lagi...  Masa buat kelas Aneka tart.. student2nya pantas2 belaka.. cepat je siap.. masih ada masa lagi.. aku ajak diorang buat Pizza.. kira bonus la ni.. :)
dapat 2 keping Pizza yang sungguh besarrrrrrrrr.... Tapi Pizzanya terlebih garing daa... (ni aku la yang bakar ni....) 1 untuk student dan satu lagi untuk kitaoranggggggggggg anak beranak... (sampai tak makan nasi di buatnya) manyak kenyang wooo..............

SAMBAL UDANG + SAYUR KOBIS CAMPUR

Posted by : NINA aka SL 1 Comments


Sempat juga aku menyediakan menu untuk suami dan anak2ku.. akhir2 ni aku di landa kesibukkan yang yang boleh tahan sibuk juga la.. :) jadual penuh dengan aktiviti membaking dan projek yang sedang ku usahakan.. Mudah-mudahan berhasil. Jadi korang layan je la ye Menu sempoi ni :)

KELAS HIASAN BUTTERCREAM - BASKETWEAVE

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Kak Niza dan Kak Ina bergambar bersama kek yang di hiasnya


Kelas di hadiri oleh Kak Niza dan Kak Ina dari Tmn Bukit Dahlia.(kira jiran setaman le) Sebenarnya mereka mengambil kelas Malam. Lewat juga selesai kelas ni.. Tapi apapun saya enjoy mengajar di dalam kelas ni. Tahniah buat akak berdua. Datang hanya berbekalkan Apron dan balik masing2 membawa sebiji kek dan ilmu yang di pelajari di dalam kelas. Thanks ye kak

KELAS HIASAN KEK COKLAT GANACHE

Posted by : NINA aka SL 1 Comments


Kelas di hadiri oleh Liana dari Kota Puteri. memenuhi masa lapang untuk belajar cara2 membuat dan menghias kek coklat ganache. mula2 datang memang pertama kali membaking. apa lagi mendeco.. Bila dah di beri tunjuk ajar dan ini lah hasilnya.. Thanks ye dik. Semoga maju jaya ye :)

KELAS ANEKA JENIS TART

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

 Aneka jenis tart yang di hasilkan di dalam kelas

Sebelum Di bakar

Selepas di Bakar. - suhu harus lah betul jika ingin mendapatkan permukaan cheese yang berkilat selepas di bakar

Menggunakan buah-buahan segar..

Chocolate tart 

Kelas di hadiri oleh Kak Khairiah dari Seri Alam. Ni kelas kali ke2 denganku.. Kali ni kak Khairiah belajar pula menghasilkan aneka jenis tart. Langkah demi langkah di buat di dalam kelas ini untuk mendapatkan hasil pastri yang rangup dan tart yang cantik dan sedap. semuanya 100% hands-on. 
Dan Tahniah pada kak Khairiah sebab tadi siap datang berjumpa denganku (beli Filling) SEBAB dah TERIMA ORDER dari rakan2 sekerja. Semoga maju jaya ye kak..

KELAS HIASAN KEK CAWAN

Posted by : NINA aka SL 1 Comments

Kak Zaharah dan Seri bergambar bersama cupcake yang dihias oleh mereka sendiri

Hasil yang berjaya di buat oleh Seri - pertama kali mendeco dan mengenal peralatan..

 Hasil daripada Kak Zaharah.. Selama ni hanya ke kelas Demo.. tapi kali ni beliau sendiri membuat dan menghias cupcakenya dengan hiasan di atas.


Kelas Cupcake di hadiri oleh kak Zaharah dari Taman Air Biru dan Seri yang baru sahaja balik ke Malaysia setelah sekian lama menetap di Dubai. Seronok mengajar di dalam kelas ini walaupun kak Zaharah memang mempunyai sedikit pengalaman (sebab beberapa kali ke kelas Demo).. tapi dalam kelas ni kak zarah dan seri berpeluang membuat sendiri bancuhan tepung untuk cupcake dan membuat cream seterusnya menghias cupcake dengan tunjuk ajar dari haku dan kretiviti dari mereka sendiri..Dari A - Z.. apapun Tahniah ye dan selamat maju jaya untuk anda berdua.

SAMBAL TERUNG

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Menu sempoi... :)

AYAM GORENG RANGUP

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Ini la menu kegemaran anak-anakku.. kalau buat hari2 pun tak pe.. tapi yang tak bestnya bila diorang hanya makan kerak2 ayam yang rangup tu.. bab isi.. tinggal tepi.. jadi togel.. hmmm...


Bahan-bahan:
Kepak dan Peha Ayam
3 ulas bawang putih - di ketuk hancur
sedikit lada sulah
sedikit serbuk kunyit
sedikit rempah kari
sedikit serbuk lada hitam
1 biji kuning telur
sedikit garam
5 sudu makan tepung naik sendiri  atau agak2- lagi sedap bila guna tepung MFM (dalam kotak)

Cara membuatnya:
- Satukan  kesemua bahan kecuali tepung.
- Kemudian masukkan tepung. dan gaul sebati..
- Biarkan tepung menyerap kedalam adunan ayam. adunan tepung akan kelihatan melekit.
- Goreng dalam minyak panas menggunakan api perlahan.
- dah siap.. angkat dan toskan minyak. siap untuk di hidangkan.

KELAS ROTI

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Kelas kali ke6 atau ke 7 rasanya denganku. Kali ni Zara belajar pula cara2 menghasilkan roti dan pizza. tuan empunya badan tanak amik gambo.. dapat tengok hasilnya je la ye :)

KELAS TART

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Kelas di hadiri oleh kak Zah dari Taman Pasir Putih.. Kak zah belajar ni pun sebab anak2 kak zah sangat suka makan tart.. nak beli selalu.. Hurmmm..... baik belajar.. berbaloi-baloi.. :) boleh menambah pendapatan.. kan kak zah.. apapun kak zah berjaya hasilkan apa yang di idamkan.. Thanks kak zah :)