Kelas minggu-minggu lepas. seronok melayan karenah diorang.. apapun kepada peserta semoga maju jaya ye :)
KELAS CUPCAKES
Kelas minggu-minggu lepas. seronok melayan karenah diorang.. apapun kepada peserta semoga maju jaya ye :)
JEMPUTAN MEMBUAT DEMONSTARI MENGHIAS CUPCAKE ANJURAN JPW
Datuk Sharir Abdul Samad
Tertinggal keretapi.. Apapun Ribuan terima kasih di ucapkan pada Puan mawar dari Jabatan Pembangunan Wanita kerana menjemput kami untuk mengadakan demo menghias cupcake. Seronok mengambil bahagian dalam acara yang di adakan.
PENIPU DAN DI TIPU
Assalamamualaikum WBT buat pengunjung SLK.
Saya nak berkongsi pengalaman dengan anda semua di sana tentang betapa sakitnya di tipu oleh PENIPU yang memang zahirnya seorang penipu...
Cerita bermula bila SEORANG WANITA BERTUDUNG datang berjumpa saya. dan DATANG KE TEMPAT saya (bukan saya yang cari dia) berhajat untuk menempah KEK DI HARI PERKAHWINANNYA. Datang dengan cara baik jadi saya sambut dengan cara baik. Layan dengan Baik.. (ye la kan.. tak kan la aku gila nak maki hamun pulak) sebelum tahu dia ni penipu besar...
Terus ke tujuan asal.. saya tanya apa yang dia nak dan tema sekali... PEREMPUAN ni pun terangkan pada saya kek yang di ingini utk majlis persandingannya nanti (WAH BESAR PUNYA IMPIAN)
Nak kek dan Cupcake.. (ye la orang ada kek ngan cupcake dia pun nak jugak la..) lepas tu bla..bla..bla...... dah selesai dengan perbincangan... dia setuju dengan KEK KAHWIN SEBERAT 3KG, CUPCAKE 40 PCS tapi aku tambah lagi 10PCS SECARA PERCUMA sebab nak cukupkan 50PCS.
PEREMPUAN ini dengan muka AYU dan saya tengok memang AYU atau memang PENIPU ni suka buat wajah AYU (hehehe) angguk2 tanda setuju.. dah dia yang order.. kena sutuju la.. aku ikut je apa yang dia nak..
Tapi BODOHNYA saya masa ni (ATAU MEMANG NAK TERKENA..) saya tak minta details daripada PEREMPUAN ini. hanya BERBEKALKAN no TALIPON atau no HENPON sahaja. masa ni pun saya agak terkejar2 nak menyiapkan tempahan yang lain jadi saya 100% PERCAYA pada PEREMPUAN ini..
Lepas tu dengan suara perlahan dan AYUnya dia bertanya tentang bayaran.. Di sebabkan saya ni percaya pada dia (sebab fikir orang nak kahwin kan.. tak kan nak tipu pula) lagipun dia datang sendiri ke tempat saya... DATANG TANPA BAWAK DUIT DEPOSIT.. DATANG BERBEKALKAN AIR LIUR... nak tempah itu ini... saya pun dengan BAIK HATI bersetuju untuk mengambil BAYARAN pada HARI DIA DATANG AMBIL KEK.. (bayaran penuh)
Katanya.. yang akan ambil kek adalah ADIK LELAKINYA.. saya memang percaya 100% sebab selama ni saya tak pernah di tipu oleh mana2 bakal pengantin yang tempah kek.. TAK PERNAH... ada sekali tu je la.. pernah di tipu tapi akhirnya masalah selesai... tu tak kira la...
Lepas tu PEREMPUAN ni pun balik.. setelah keluarkan air liur bebual ngan aku.. Saya siap hantar sampai ke pintu tanda hormatnya pada pelanggan....
Dan......... Hari untuk mengambil kek yang di tempah pun tiba (semalam la ni.. bersamaan dengan 28 NOVEMBER 2010).. dah pukul 12.01 tengahari tapi kek masih tak di ambil lagi.. saya cuba hubungi tapi tak berjawab. Masa ni saya dah tak sedap hati.. saya cuba dail nombornya.. tapi masih tidak di angkat. dan akhirnya saya menerima msg dari no tel PEREMPUAN itu.. PESANAN BERBUNYIK BEGINI... "SAPE". saya hantar pesanan lagi bertanyakan kenapa kek tak ambil. dah pukul 12 lebih... dan JAWAPANYA.. TAK BERJAWAB... hehehe.. msg lagi... call lagi.. dekat 50 kali rasanya.. masih tak di angkat dan tiada jawapan dari pesanan text yang saya kirim.
masa tu saya REDHA yang saya memang di tipu.. SEDIH, MARAH, BERSALAH, TERTEKAN dan macam2 lagi perasaan waktu tu.. tapi KESEDIHAN lebih banyak menguasai dari perasaan2 yang lain.. Dah la masa tu ada kelas roti.. Saya macam hilang punca sekejap.. Jantung berdengup kencang.. FIKIRAN tertumpa kepada soalan KENAPA? KENAPA SAYA? KENAPA MESTI? KENAPA DIA? KENAPAAAAAAAAAAAAAAA???
sampai saya tak focus pada apa yang saya ajar. dan hasilnya pun kurang memuaskan.. jadi saya terpaksa kurangkan yuran kelas roti di sebabkan hasilnya yang kurang memuaskan hati saya..
Saya ambil apa yang terjadi sebagai PENGAJARAN buat saya supaya di masa akan datang saya akan lebih berhati2. akan lebih terperinci.. akan lebih... erk.. akan kurangkan sedikit kepercayaan pada orang.. Akan JAHAT SEDIKIT pada orang.. hehehhee boleh??
Saya masih tak faham sampai sekarang... Kenapa perempuan itu MESTI MENIPU.. kenapa dia tak TERFIKIR utk membatalkan tempahan sebelum majlisnya.. jadi saya tidak menanggung kerugian.. Kenapa dia mesti nak menipu PENIAGA KECIL seperti saya..
Terus terang saya buat kek yang di tempah pada hari Sabtu 27 NOV 2010 pada pukul 8pm. dan menghias kesemua kek dan cupcake sehingga pukul 3.00AM. bayangkan masa yang saya ambil.. bayangkan masa yang saya buang semata2 nak puaskan hati dia.. Kan elok kalau ke semua masa tu saya peruntukkan utk anak2 saya.. bayangkan betapa penatnya saya waktu itu.. semata-mata nak puaskan hati PENEMPAH.. saya buat kek bukan BERMODALKAN AIR LIUR.. TAPI SAYA BERMODALKAN DUIT.. RINGGIT MALAYSIA bukan RUPIAH... lebih baik kalau duit itu saya buat BELI SUSU untuk anak-anak saya.
PEREMPUAN itu boleh bergembira.. boleh tidur senang lenang di atas keperitan orang lain.. kenapa mesti nak aniaya orang. seagama dengan dia.. Tapi aku REDHA dengan apa yang terjadi.. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.. Saya akan anggap ini PENGAJARAN yang Sangat BERHARGA buat saya untuk terus maju ke hadapan. Mungkin memang bukan rezeki saya.. Saya percaya ALLAH itu maha adil.. setiap perbuatan pasti ada pembalasan.. Saya terima dengan rela hati walaupun perit sedikit..
KEK DAN CUPCAKE itu saya sedekahkan kepada rumah anak yatim DARUL HANAN.
nak berkenalan dengan PENGANTIN BARU aka PENIPU ini boleh hubungi no tel ini...
013-7983676 - sila tanya sendiri nama penipu ini ya..
p/s - saya harus dan kena sertakan no telnya pada umum. ini bertujuan untuk mengelakkan dari peniaga2 lain terkena dan tertipu seperti saya..
ini adalah kesemua tempahan daripada penipu itu.............................
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
Salah satu menu kegemaranku.. :)
Resipi Asal: Cik Puan Hana MYR
Bahan-bahan:
5 keping tempe
segenggam ikan bilis goreng
segenggam kacang tanah goreng
4-5 sudu besar chili giling/chili kering
1/2 biji bawang besar - blend
2 ulas bwg putih - blend
seinci belacan
1 sudu kecil air asam jawa
garam
gula melaka
Cara Membuatnya:
- Tempe dipotong nipis2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan ketepikan.
- Tumis chili giling/chili kering, bwg dan belacan hingga betul masak.
- Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
- Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
- Kemudian masukkan tempe, kacang tanah n ikan bilis goreng. Kacau rata.
- Goreng sampai kering tp jangan sampai hangus n boleh angkat.
TEPUNG KEK SEGERA
Assalamualaikum WBT buat pengunjung SLK. di sini saya ingin memperkenalkan produk terbaru kami iaitu Tepung segera. Anda boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan.
Hanya perlu mengikuti langkah2 yang tertera di kertas dan anda akan mendapatkan hasilnya seperti di bawah.
Kepada yang ingin menjadi Agen/Pengedar tepung keluaran kami boleh menghubungi saya 012-7404669 Nina atau email ke sweetlilly01@gmail.com
Cara menempah:
- Email senarai tepung yang di ingini dan saya akan senaraikan harga termasuk pos laju.
Tepung Kek Coklat + Topping -
Harga: RM15.00
(anda akan mendapatkan kek coklat seberat 1kg ++ bersama dengan Topping coklatnya sekali)

(anda akan mendapatkan kek coklat seberat 1kg ++ bersama dengan Topping coklatnya sekali)
Tepung Cupcake Coklat -
Harga: RM10.00
(akan mendapatkan cupcake sebanyak 25pcs size 3 1/4 oz)
Tepung Muffin Vanila
Harga: RM5.50
(akan mendapatkan lebihkurang 13pcs muffin bersaiz sederhana)
Tepung Muffin Coklat -
Harga: RM7.00
(akan mendapatkan lebihkurang 13pcs muffin bersaiz sederhana)
TALAM SUJI
Tekak teringin nak makan kuih talam. tengok kat dapo.. Tepung Suji (balance untuk biskut) banyak lagi.. Tu yang projek berjalan tu..:)
Resipi Asal: Hanieliza
Resepi Talam Suji
Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
1 1/2 cawan tepung suji - sy buat 2 cawan
4 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan
Cara Membuatnya:
- campur kesemua kacau sebati.. panaskan atas apai sehingga naik wap. kukus sehingga masak
- Kemudian tuang kedalam loyang yang di lapis dengan plastik.
- Sejukkan
Lapisan Atas:
4 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung jagung - sy tukar ke Tepung Ubi
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah/melaka... sy tambah sedikit browning
2 biji telur - sy letak 1 biji sahaja
2 helai daun pandan
Cara Membuatnya:
- campur kesemua kacau sebati . kacau atas api sehingga naik wap dan tuankan ke atas bahan bawah dan kukus sehingga masa/30 minit api sederhana.
- Tapis adunan dan tuang ke dalam loyang lapisan bawah tadi. pastikan kuih betul2 sejuk baru di potong
KELAS HANDMADE CHOCOLATE
Aktiviti di dalam kelas coklat tempoh hari.. kelas yang sangat meriah dengan telatah dan gelagat masing2. seronok berada di dalam kelas ini. Apapun kepada peserta.. Terima kasih banyak2 kerana menyertai kelas ini dan semoga maju jaya. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)











