RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

KELAS MUFFIN

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Picture 847

Picture 851

Picture 841

Picture 852

Picture 855

Picture 861

Picture 864

 Kelas aneka jenis Muffin di hadiri oleh Aishah. kelas kali ke2 denganku. Apapun semoga berjaya ye Aishah (dah bejualan pon ^__^)

KELAS HIASAN KEK COKLAT GANACHE

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Picture 883

Picture 873

Seramai 5 orang hadir di dalam kelas menghias kek coklat ganache ini. masing2 0 knowledge dalam membentuk bunga ros menggunakan coklat ganache. Tapi tak di sangka-sangka diorang ni sebenarnya mempunyai bakat terpendam.. hehehe.. Tapi perlu berlatih lagi untuk memberi kemasan pada kek.. apapun semoga berjaya semuanya :)

KELAS FANCY COOKIES

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Picture 949

Picture 928

Picture 943

Picture 938

Picture 940

Picture 941

Picture 939

Picture 931

Picture 933

Kelas di hadiri oleh Ja (kalau aku tak silap dengar), Su dan Su. sama nama daa... sebenarnya diorang ber3 ni amik kelas malam. gedebak gedebuk memngerjakan biskut ni habis dekat2 pukul 1am jugak..
apapun semoga success ye :)

KELAS KEK CAWAN

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Picture 921

Picture 912

Picture 915

Picture 910

Kelas kek cawan di hadiri oleh Ros, Ayu dan Intan. masing2 0 knowledge dalam hias menghias menggunakan BC ni.. memang perlu banyak berlatih. apapun enjoy mendeco bersama mereka. semoga maju jaya ye :)

SOTONG MASAK KUNYIT BERKUAH

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Picture 615

Picture 622

Memandangkan masaku sekarang ini agak terhad.. Jadi masakku pun ala kadar jew..

PENCURI

Posted by : NINA aka SL 12 Comments

Assalamualaikum WBT sebagai pembuka bicara.. mesti korang terkehjut sedikit dengan tajuk N3 kali ni.. :)

Baru berkesempatan menghapdet rumahku yang satu ini.. sepanjang minggu-minggu dan minggu lepas banyak hal-hal yang di ingini dan tidak di ingini berlaku dalam hidupku..keh..keh..keh....
Tragedi CPU rosak.. makan seminggu jugak.. hantar kedai.. Hard disc problem.. Dah tukar kena caj RM240.00.. balik rumah try test.. masih rosak jugak.. Geram je kan... lepas tu gambar yang ada kat folder aku sumer budak comp tu tak save kat backup folder.. dah la aku belum upload.. lepas tu pic kat camera aku dah padam lak tu..  dan sepanjang minggu kelas berjalan seperti biasa.. dan Tragedi yang paling HOT dan Mendahului Carta adalah KECURIAN telah berlaku.. jeng..jeng...jeng.......... meh aku citer... aku start daripada awal ye... panjang ni... :)

Ok.. 3 minggu lepas.. aku mendapat peluang berkerjasama dengan perunding perkahwinan iaitu "PONDOK PESONA". memang kelas dan Vass gitu hasil kerja mereka.. setelah perbincangan selesai Owner pondok pesona telah membayar sejumlah wang yang agak besar.. (setengah ribu ++ la).. keh..keh..keh... ayat.. macam banyak bebeno kan....  menggunakan CEK Maybank..   ok.. dah selesai.......................

Dah berhempas pulas menyiapkan kek dan di bantu seorang pekerja.... kerja pun selesai.... hahahaha... habis la aktiviti aku pada hari tu.
Dan masa untuk aku 'mengcash'kan cek  tersebut.. konon2 nak masuk kat mesin cek je.. sebab tarikh cek tu selepas majlis persandingan.. CARI punya CARI punya CARI tak jumpa... aku cari.. aku selongkar mana2 laci memang tak jumpa.. dan aku PASTI cek tersebut aku letak di dalam BUKU. aku sanggup selak helaian buku tu satu persatu dan hasilnya memang TAK jumpa...

Aku call pekerja aku.. Memula TAK ANGKAT.. aku sms dan call.. Pekerja aku angkat dan jawapannya.. "akak kan simpan dalam buku".. hehehe.. A'ah la.. memang aku simpan dalam buku... Last2 no choice aku terpaksa call Owner Pondok Pesona bagitau cek hilang. minta tolong cancel cek tu kat bank.. takut juga kan apa2 terjadi.. dan.. Pondok persona terlah membayar aku sekali lagi.. tapi kali ni terus masuk ke dalam acc aku.. Terima kasih banyak2 ye Farah & FAizal... dan kisahnya bermula di sini............

Pekerja aku mula menghilangkan diri.. banyak alasan yang di beri utk tidak datang kerja.. Alasan pertama yang di beri adalah.. "Kak jangan ambil kety.. Kety kat klinik masai ni.. Darah haid tak berhenti la kak" aku baca sms yang dia bagi kat aku pun aku dah tau.. kemudian aku balas la sms dia dan jawapannya "kety tengah tunggu Doktor sakit Puan ni.. Mungkin KENA CUCI" hahahha.. Lawak betul la.. ingat aku ni sekolah takar darjah 6 ke dik oii... lepas tu aku jawab la "Ko keguguran ke? Orang keguguran je yang cuci2 ni" dan jawapannya.. Tuttttttttttttttttttttttt..... tiada jawapan... padan muka aku..  hahaha

Keesokkan harinya.. Aku call lagi nak tanya dia datang kerja tak? sebenarnya aku dah tau da budak ni memang dah tak nak kerja dah... aku sms dan dapat jawapan "kak kety kat dalam pejabat agama dan bla..bla..bla... " HADOI.... nak menipu tak agak2... ni kena tangkap basah pulak ke sampai pegi pejabat agama.. last2 call aku tak bejawab aku sms kata la kalau tak nak kerja cakap terus terang.. aku jenis yang boleh terima dan memang boleh terima la sebanrang keputusan.. Akhirnya dia mengaku kata Ayah dia tak bagi kerja la.. ada masalah besar la.. nak ikut kakak dia duduk perak la.. dan banyak lagi la.. Ok.. aku akur dan aku mintak kunci kedai.. Budak ni tak datang jumpa aku.. dia hanya serahkan kunci tu kat akak yang kerja kantin kat tempat keje Mr. Hubby.. Dan aku pun serahkan baki gaji dia kat akak tu.. Selesai...... dan aku masih menjalani kehidupan seharian aku seperti biasa..

Tiba-tiba.. Aku mendapat panggilan telefon daripada Owner Pondok Pesona yang mengatakan cek dah Clear. Aku bingung dan pelik sebab dalam statement bank aku tak de.. dah bual itu ini dengan Owner PP aku sebulat suara  nak pegi semak sama2 di maybank pasir gudang.. Sampai bank.. Aku tunjukkan statement yang aku dah print.. dan staff bank semak pula acc Farah pemilik pondok pesona.. Tarikh cek yang dah clear tu pada 24 Nov 2010 dan bila staff maybank semak kat statement aku.. memang tak de Transaction langsung pada 24 NOV. 25 NOV ada la.. tu pun RM30.00 duit tepung.. hehehhe

Kepelikkan mula berlaku.. macamana cek boleh clear sedangkan cek tu ada NAMA PENUH aku.. staff bank call sana sini tengok kalau ada cek yang reject.. Tak de.. semak dalam rekod.. tak de.. memang sangat pelik.. balik2 staff bank tu tanya samada Farah ada tulis nama aku tak kat cek.. Dan aku balik2 JAWAB... ADA dan PASTI.. last2 isi Report Form. Staff tu nak tengok sendiri cek tu ada kat mana... Dan setelah selesai semuanya.. kitaorang pun balik..... Aku masih meneruskan kehidupan seharian aku.. hehehe

Dan........... Hari ini 20 Dec aku mendapat panggilan Tel dari Farah katanya Cek dah Jumpa.. Ada orang masukkan ke dalam Mesin Cek di MAYBANK PERMAS. amboi jauhnya.. aku kat pasir gudang... sampai ke permas cek tu ek.. Sebenarnya cek tu tergantung. Duit memang tak masuk ke dalam akaun budak tu sebab... meh aku cakap bahasa KASAR sikit.. budak tu BODOH.. ada ke patut.. Nama aku kat depan.. lepas tu dia boleh tulis nama dia, No akaun dia dan no tel dia kat belakang cek tu.. Memang menempah maut betul la..

Dan................. Tak lain tak bukan cek itu telah DI CURI oleh BEKAS PEKERJA aku.. seorang wanita tempatan.. JANDA tak de ANAK dan telah di berikan kepada KEKASIHNYA yang duduk DI PERMAS JAYA dan kekasihnya itu pula telah memberi CEK tersebut Kepada Rakannya itu di cashkan.. konon2 boleh bagi 3 la kalau amount cek tu dah masuk kat dalam acc budak tu.. NAMA budak yang tertera di belakang cek tersebut adalah MOHD FAIZAL bin Abdullah.. dan bila Farah ugut budak tu.. tanya siapa yang berikan cek tersebut. budak tu bagitau satu nama.. Nama lelaki.. aku tak berapa dengar bila Farah bagitau aku tadi...

Yang aku sangat geram dan sakit hati.. Aku punya la baik kat budak perempuan ni.. aku anggap dia macam adik.. dia boleh buat macam ni.. masa aku pi bandung hari tu.. perkara pertama aku buat.. aku carikan budak ni ole2 dari sana.. patutnya aku dahulukan anak2 ngan Mr. Hubby.. tapi di sebabkan dia ni Baik. sebelum kejadian la.. aku dahulukan budak ni..  masa sebelumm aku tau cek hilang aku siap belanja budak ni makan Steamboat (walaupun dia tak makan banyak..) masa ni aku perasan air muka dia berubah.. tak banyak cakap.. sepatah aku tanya sepatah dia jawab. bila aku bercerita tentang kek yang bersangkut paut dengan cek tu.. Dia senyap je..........................

Sebenarnya budak pompuan ni kerja bagus.. Rajin.. aku suka dengan dia ni.. Tapi tak sangka diam2 sebenarnya PENCURI.. Sebelum kejadian duit aku pernah hilang.. Tapi aku tak tuduh dia.. sebab mungkin aku terbelanja.. Tapi aku pasti aku tak terbelanja.. hehehhee..
Aku pun pernah uji budak ni.. aku letak sejumlah wang kat atas meja.. tapi tak hilang pun.. jadi aku memang percaya 100% kat budak ni... memang tak sangka..

Dan..... KES ini telah di bawa kepada POLIS..  terima la akibatnya.. sebelum kitaorg report aku ada call budak perempuan ni.. tapi budak ni tak nak jawab dan tak angkat.. jadi jawapannya.. Ko tunggu je la dik....

POTONG KEK

Posted by : NINA aka SL 2 Comments

Kek span yang telah ku bedah dan ku cantum semula sehingga menjadi bentuk ini..


Lilin kena cukup.. kalau tak mesti ada yang nangis tak dapat tiup.
Sebenarnya diorang berebut tau nak potong nih...

Setelah di bedah. nampak sumer isi kat dalam. Sponge cake jew..

BB Tisya Lukis gambar Aku................  sambil tunjuk2 kat aku.. "Mama..mama... Baby lukis Mama... "

Ni sebenarnya lebihan kek yang aku buat.. Aku pun tak tau kena terlebih.. hehehe.. Layankan je budak2 ber3 ni..

KELAS KEK LAPIS

Posted by : NINA aka SL 1 Comments


Kelas Kek Lapis di hadiri Oleh Fiza dari JB. Kelas kali ke3 denganku. Request nak kek lapis Prune, Kek Lapis Betawi dan semestinya di dalam kelas ini akan di ajar cara2 membuat kek lapis bercorak. 100% hands-on dan semua ini di hasilkan sendiri oleh Fiza. Sampai sakit pinggang melapis.. hehehe.. Apapun Tahniah sebab berjaya menghasilkan 3 biji kek lapis dalam masa 6 jam. kena banyak berlatih melapis lagi ye fiza. ^__^

SUP TULANG

Posted by : NINA aka SL 0 Comments


Nah layan Sup Tulang...

KELAS ANEKA CHEESECAKE & TIRAMISU

Posted by : NINA aka SL 3 Comments

KELAS CUPCAKES 3/12/2010

Posted by : NINA aka SL 2 Comments



Sebenarnya aku pun tak tau kenapa aku tak amik gambar cupcake diorang.. :) nasib baik sempat amik gambar peserta. Apapun dalam kelas ni memang bingit dan happy sangat. seronok mendeco bersama diorang..

KURSUS FROZEN FOOD DI KOLEJ KOMUNITI PG

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Peserta kursus sedang menggoreng karipap.. malas nak frozen2 terus goreng bwk balik.. hehehe



Karipap pusing inti daging + kentang

Yang ini hanya aku dan peserta je yang tahu.. hahahha.. Ni idea diorang la ni..

Apam gula hangus..

Inti Cucur Badak..

Cucur Badak yang dah siap..

Aktiviti sabtu lepas.. Saya di jemput mengendalikan Kursus Sejuk Beku di kolej Komuniti Pasir Gudang. Seramai 28 orang mengikuti kursus ini dan tersangat la meriahnya.. Layan..