RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

SUP TULANG GEARBOX

Posted by : NiNa bAKE hOUSE

Ni menu kegemaran Mr. Hubby ngan Elisya.. Kalau diorang berdua ni makan boleh pecah pinggan kat umah. ntah apa yang di ketuknya nak suh benda kat dlm gearbox ni kuar..

IMG_2626


IMG_2616


Sup tulang sempoi jeww...

Bahan-bahan:
Tulang Gear box - bersihkan
6 biji bawang merah - sederhana besar
5 ulas bawang putih
2" halia - separuh ketuk
daun sup
bunga lawang
2 batang kayu manis
1 peket rempah sup tulang - tak ingat dah rempah apa..
serbuk lada sulah
air secukupnya
1 bunjut sup bunjut.

Cara membuatnya:
- Kisar bawang dan halia hingga halus
- panaskan minyak dalam periuk. masuk bunga lawang dan kayu manis. biarkan seketika.
- Tumis bahan kisar + halia yang di ketuk tadi. gaul rata.
- Kemudian masukkan rempah sup. masak hingga bahan tumisan agak garing + pecah minyak
- Kemudian masukkan air. Air agak2.. kalau nak masak lama.. air kena banyak.. campak sup bunjut masuk dalam.
- Masuk Tulang gearbox. rebus hingga isi tulang  empuk.. 
- perasakan dengan garam dan lada sulah + pak aji sikit.
- Tutup api dan tabur dengan daun sup. angkat dan hidangkan.

1 comments:

Mas said...

perrhhhh...sedapp tu..