Kelas handmade chocolate di hadiri seramai 6 orang peserta. seronok berkerja bersama mereka semua. Apapun Tahniah kerana berjaya menghasilkan coklat buatan tangan masing2 ye.. ^__^
KELAS HANDMADE CHOCOLATE
Kelas handmade chocolate di hadiri seramai 6 orang peserta. seronok berkerja bersama mereka semua. Apapun Tahniah kerana berjaya menghasilkan coklat buatan tangan masing2 ye.. ^__^
KELAS CHEESECAKE & TIRAMISU
Kelas Cheesecake dan tiramisu di hadiri oleh Azlina dari Pontian dan Kak Radziah (kelas kali ke2 denganku). memang anak2 kak Radziah penggemar cheese. seswaii la sangat belajar cheesecake dan Azlina pula memang pertama kali belajar bab baking membaking ni. Apapun tahniah kepada mereka berdua.
KELAS MUFFIN
Assalamualaikum WBT buat pengunjung SLK.. Adeh... dah lama tak hapdet blog.. tersangat busy dengan xtvt seharian.. nak main masak2 pun tak sempat.. Layan gambar kelas je la ye.. ^__^
Kelas Muffin di hadiri oleh Kak Azizah. selama ni buat Muffin asyik kureng menjadi je.. lepas je kelas terus dapat tempahan beratus-ratus biji muffin. Tahniah ye Kak.
KELAS HANDMADE CHOCOLATE BERSAMA POLITEKNIK JOHOR BAHRU

Di jemput sebagai penceramah jemputan untuk pelajar tahun akhir Politeknik Johor Bahru. Seramai 36 pelajar untuk 2 sesi. Modul utama dalam kelas ni adalah semuanya berkaitan coklat. cara2 membentuk coklat menggunakan acuan dan tanpa menggunakan acuan. Ini adalah Final Project untuk kelas mereka. Jadi mereka kena Kreatif dalam membentuk coklat mengikut Projek masing2. Apapun aku ucapkan semoga berjaya untuk mereka.
KELAS ANEKA JENIS TART
Kelas di hadiri oleh kak Masitah dan kak Radziah. masing2 penggemar cheesetart. dah reti buat nih.. dah tak payah membeli lagi.. ^__^ berbaloi kan..apapun tahniah sebab berjaya menghasilkan tart yang rangup walaupun ada tebal ada nipis.. hehehe... first time la katakan.. esok2 mesti dah terror tu..
KELAS CUPCAKES
Kelas di hadiri oleh Hjh Pauziyah dari Tiram kalau tak silap. belajar CC untuk memenuhi masa lapang dan kalau ada rezeki boleh di jadikan pendapatan sampingan. Thanks ye kak..
KELAS BARBIE DOLL DAN FANCY COOKIES
kelas di hadiri oleh Iswari dan adik. aku lupa nama adiknya. ^__^ Sebenarnya kelas kali ke 2 denganku. kali ni iswari belajar cara2 mendeco kek barbie manakala adiknya pula mengambil kelas fancy cookies. apapun tahniah pada mereka berdua.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































