RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

SUP TULANG GEARBOX

Posted by : NINA aka SL 1 Comments

Ni menu kegemaran Mr. Hubby ngan Elisya.. Kalau diorang berdua ni makan boleh pecah pinggan kat umah. ntah apa yang di ketuknya nak suh benda kat dlm gearbox ni kuar..

IMG_2626


IMG_2616


Sup tulang sempoi jeww...

Bahan-bahan:
Tulang Gear box - bersihkan
6 biji bawang merah - sederhana besar
5 ulas bawang putih
2" halia - separuh ketuk
daun sup
bunga lawang
2 batang kayu manis
1 peket rempah sup tulang - tak ingat dah rempah apa..
serbuk lada sulah
air secukupnya
1 bunjut sup bunjut.

Cara membuatnya:
- Kisar bawang dan halia hingga halus
- panaskan minyak dalam periuk. masuk bunga lawang dan kayu manis. biarkan seketika.
- Tumis bahan kisar + halia yang di ketuk tadi. gaul rata.
- Kemudian masukkan rempah sup. masak hingga bahan tumisan agak garing + pecah minyak
- Kemudian masukkan air. Air agak2.. kalau nak masak lama.. air kena banyak.. campak sup bunjut masuk dalam.
- Masuk Tulang gearbox. rebus hingga isi tulang  empuk.. 
- perasakan dengan garam dan lada sulah + pak aji sikit.
- Tutup api dan tabur dengan daun sup. angkat dan hidangkan.

SAMBAL TOMATO

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

IMG_2678

IMG_2681

Enak di makan bersama Timun dan ulam-ulaman... nyum..nyum..nyum...

Bahan-bahan:
2 biji Tomato -
bakar atau goreng dengan sedikit minyak terlebih dahulu. saya bakar dengan cara letak tomato tu atas dapo.. biar legam sedikit kulitnya..
1" belacan - bakar juga
beberapa tangkai cili padi - suka ati la nak letak berapa banyak
sedikit garam/gula
2 biji limau kasturi

Cara membuatnya:
- hiris tomato. senang sket bila nak tumbuk .
- tumbuk cili padi bersama belacan hingga lumat.
- masuk tomato. tumbuk atau lumat2kan perlahan-lahan.
- letak garam dan gula dan perahkan sedikit limau.
- siap.... senang kannnnnnnnnnnn?

KELAS ANEKA MUFFIN

Posted by : NINA aka SL 1 Comments

gambar 373

gambar 371

gambar 356

gambar 351

Kelas Aneka Jenis Muffin.. Dalam kelas ini pelbagai teknik dan kaedah di gunakan untuk membuat muffin. dan peserta juga akan di perkenalkan kepada original muffin dan cakey muffin.. Tahniah pada peserta..

ROTI CANAI

Posted by : NINA aka SL 2 Comments

Ni sebenarnya pic masa saya balik sabah beberapa bulan yang lepas.. Tujuan utama sebab nak belajar menebar roti canai.. Boleh? hehhehee sambil tu buat kelas di sana..

gambar 2068
Ai belajar menebar roti canai kat sini la.. BORNEO CURRY HOUSE RESTAURANT bertempat di 1 BORNEO SHOPPING COMPLEX KOTA KINABALU. i tell uuu kari daging kat sini memang mabelessssssss....

gambar 2056
Owner BCH Rest. Terpaksa edit lebih sikit kat pic ni sebab owner rest ni palling suka bila ada NUR di wajahnya. hehehehhe

gambar 2118
GENERAL MANAGER kat BCH. Kalau akak ni tak de.. memang susah hati la owner kedai.. Harapan Nusa dan Bangsa dia ni... hehhehehe tengok la.. henpon tak pernah lekang dari tangan... banyak bebeno urusan ribu riban... hehehhee

gambar 2061
Chef ke2 BCH. sedap dia masak nasik goreng lalap tau.. (NGERI AKU DENGAR NAMA NASI GORENG NI)korang boleh pesan menu ni kat sabah je.. jadi orang2 kat semenanjung malaysia ni.. dengar nama je la ye.. Ada ke nasik goreng LALAP KAI SINI?

gambar 2060
Kat dalam Dapur. Kemas dan bersih. Hanya tukang masak dan budak basuh pinggan je boleh masuk... (i pun tak berani masuk..)

gambar 2059
Kasi glemer la budak ni... staff BCH (borneo curry house)

dan bermula la aksi menebar roti canai.. masa nak menebar ni ai jemput kwn2 i datang BCH ni sebab ye la kalau dah buat sapa nak makan kan? jadi diorang adalah mangsa keganasan roti canai.. nasib baik tak sakit perottt.. tapi i tengok kelat jugak ler muka diorang masa nak habiskan roti yg saya buat.. hahahahha

gambar 2111
Doh dah siap.. sebelum menebar posing dulu. yang kat sebelah ni anak kepada owner kedai..

gambar 2113
hehehhee.. ni aksi menebar gaya cubit-cubitan....

gambar 2112
Anak tokey ni.. boleh la...... terer sikit daripada aku... Mmmmmmiahahahahhhaa

gambar 2115
Hiahhhh..... punya la terer sampai kat hujung dah roti tu... apasal la meja dia ni tak lebar...

gambar 2114
Ha amik ko.. Gaya melipat dan membating.. macam nak patah 2 pinggang aku.. hahahhaha.. Anak Tokey ni pakat gelakkan ai lagi tau... tapi kalau tengok roti yang dia buat.. hurmmm boleh la... kan ai cakap dia ni champion sikit je dari aku...

gambar 2117
Tengok siap boleh buat roti telur lagi tau.. jangan risau.. telur2 kat sini sumer dah basuh sebelum di jadikan roti telo.... basuh pakai sepan lagi tau.. hehhe

gambar 2121
Tetiba mamat ni datang kan.. tunjuk cara yang betol..... Tapi aku tengok roti aku lagi lawa dari roti yang dia buat... apa daaa... Oh.. lupa nak perkenalkan.. dia ni pun Anak Tokey.. adik beradik la ngan penebar roti kat sebelah i tu..

dah buat dalam beberapa bijik tu akhirnya saya pun mendapat teknik yang betol.. tapi idor ler terus pro.. kena banyak berlatih lagi.. penat rupanya menebar roti canai ni.. (jadi baru aku paham perasaan mamak yang tebar roti kat kedai mamak tu.. ) patuttt arr peluh mamak boleh jatuh kat roti.. hahahahhaa tak de arrr gurau je....

jadi warga KK sabah kalau nak merasa Roti canai buatan (bukan anak tokey ye) dan kari daging yang TIP TOP boleh la datang ke BORNEO CURRY HOUSE di 1 borneo KK.

KELAS HIASAN KEK CAWAN

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

IMG_2791

IMG_2795

IMG_2794

perlu banyak berlatih lagi ye. Tahniah.. ^__^

AYAM MASAK KICAP

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Pandai sungguh Ayam ni masak.. ^__^

DSC_0006

DSC_0013



Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong la berapa banyak korang nk potong
2 labu bawang merah besar - di hiris
4 ulas bawang putih - ketuk pakai pisau then cincang
1 inci halia - ketuk dan potong halus
3 biji lada merah - hiris halus
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
kicap manis secukupnya
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air asam jawa
2 biji tomato - belah 4
sedikit daun bawang
sedikit perisa tambahan dan garam
garamm dan kunyit - gaul kat ayam
minyak secukupnya

Cara Membuatnya:

- Goreng ayam hingga masak. tapi jangan garing. agak2 la ye..
- Panaskan minyak dlm kuali. tumis bahan hiris dan tumbuk tadi. biar sehingga garing dan naik bau
- Masukkan air asam jawa. biar seketika. masukkan ayam serta kicap, sos tiram dan sos cili.
- Gaul sehingga sebati. biarkan seketika sehingga kuah agak pekat.  masukkan tomato dan masukkan perasa.
- Tutup api dan tabur dengan daun bawang.
- Angkat dan boleh la di hidangkan dengan nasi..

KISAH KUCING PART 2

Posted by : NINA aka SL 0 Comments

Ok sambung balik ehhhhh................

Maka setelah bertekak tekak manja ngan mr. hubby saya pun di benarkan untuk membawa balik anak kucing tersebut.
Tapi dengan syarat saya kena buat sendiri.. mandi, bagi makan, kalau dia berak kena bersihkan.. erkkk.. mati aku... Tapi di sebabkan kedegilanku.. saya sanggup buat semua tu... hehehe

Dalam perjalanan nak pi keta.. nak balik (sambil angkat kotak anak kucen tu) tetiba ai terfikir.. bersediakah aku? sepanjang hidup saya tak pernah bela kucing.. nak pegang kucing apatah lagi.. Nak Mandikan.. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh... Ai takut kucing hoccay..

Kalau tengah makan kat kedai makan pun.. ada kucing2 liar berkeliaran mesti saya angkat kaki duduk bersila atas kerusi.. Ni masih ada hati nak jaga kucing.... hehehehe
sambil berjalan tu otak berfikir.. adehhh biar betul aku ni.. hehehe.. boleh ke aku jaga? sebab ai ada komitment lagi besar.. nak jaga anak tu idok ler.. sebab diorang pun dah besar.. tapi kedai perlu di uruskan.. kalau pi kedai, mr. hubby keje.. kucing macamana? adehhhh... pas tu kalau dia berak merata lak.. habis aku...

arghhh.. amik dulu la.. yang lain fikir kemudian.. masa tu dalam hati dah nak bagi kat kakak ipar i je.. kalau i tak bleh jaga i kasi kat dia.. habis citer...

sedang i berjalan tu tetiba ada satu NYAH.. hehehehe tegur.. "kak, Jual air ke?" dan serta merta i menjawab.. "tak.. jual kucing!!" hehehe sambil tunjuk kotak tu kat Nyah tersebut dan berlalu.. yang Nyah tu aku tengok muka dia mcm panik kan ada anak kucing dalam bekas air.. padan la Nyah tu tegur aku jual air ke tak sebab kat kotak tu ada tertulis....

DSC_0197
hehehehe.. air.. air...... 1 tin singgit.. sapa nak beli air.. sila.. sila...... ^__^

Dah sampai keta saya letak kat belakang bonet. dalam perjalanan kitaorang dah tak dengar sore kucing tu mengiau.. Panik jugak saya.. tanya kat Mr. hubby kat belakang tu panas ke.. nape dah tak dengar sore kucing tu.. "mr. hubby jawab "Ntah.. mati kot.." i lak suh mr. hubby benti keta kat tepi jalan.. tapi mr. hubby jalan je. Eeee geramnya aku...  last2.. dengar balik sore kucing tu... hehhhe.. penat mengiau.. relax jap..

Dah nak sampai rumah tu singgah jap kat Teso beli peralatan dan makanan kucing. Pertama kali sepanjang hidupku... Beli makanan kucing.Kakak iparku pesan beli makanan untuk kitten.. cari punya cari.. Oooo ada...  beli yang kotak jenama Friskies RM7.90, pas tu beli pasir.. jenama tesco tak de.. beli jenama ape ntah.. berat lak tu.. RM15 ++.. my sil kata rm5 je.. nape i beli rm15 plak.. pas tu beli bakul rm7 kaler pink lak tu.. pas tu beli bekas susu bentuk ikan rm5. pas tu beli 1 bowl lagi tak tau untuk apa rm3++.. pas tu beli loceng kat leher.. tak pakai ponn sebab tali tu besar.. hehehe rm6++, pas tu beli syampoo kucen rm7++... nampak scoop lak.. tengok kat gambar untuk kaut taik kucen.. sambar jugak.. rm5++...ok siap...

Balik rumah.. Budak2 dah terlompat2 suh mandikan kucing.. yang saya terpinga-pinga tak tau nak buat apa.. Mr. Hubby tanya kalau saya ada beli sarung tangan.. alamak nak kena pakai sarung tangan ke.. I jawab tak de la.. pas tu i tanya mr hubby.. "Pakai plastik boleh tak?" hehehehhe...

Masa Nak mandikan tu Tuhan je yang tau macamana takutnya aku nak angkat kucing ni keluar.. tak tau nak mandikan macamana.. ambil besen pas tu ambil getah paip.. nak siram kucing ni takut lak aku.. alamak macamana ni??? pas tu i amik syampoo kucing terus i picit atas kucing tu.. mr. hubby keluar tengok apa i buat. mr. hubby jerit.. "Lerrrr bukan macam tu la.. keluarkan la dulu kucing tu.. nanti basah kotak tu" hehehehhehe... pas tu i gigil-gigil nak angkat anak kucing tu keluar.. Takut la. anak kucing tu tak reti diam.. mengiau-ngiau kuat lak tu...

sambil tangan ikat plastik.. saya pun mandikan la anak kucing tu.. mandi kerbau.. pas tu keringkan pakai hair dryer. tejerit2 anak kucing tu.. bila dah siap tu tengok balik... Aik nape macam kucen ni tak mandi.. serupa je macamana aku amik tadi.. heheheh.. sebenarnya masa mandikan tadi saya takut nanti anak kucing tu mati.. sebab anak kucing tu dah gigil-gigil.. nak berjalan pun macam tak boleh.. ke kucing ni baru je lahir? adehhh tak tau ler macamana kucing baru lahir atau yang dah seminggu di lahirkan.... sebab kaki dia tak kuat...

dah siap tu buatkan susu, bagi makan.. tapi anak kucing ni tak nak.. i paksa dia minum susu.. pun dia tak nak.. lerrr.. abih tu kalau mati.. tepon my SIL.. kata anak kucing tu tak nak makan.. my sil gelak2 kat tepon.. "tak pe. biarkan aje.. nanti dia lapar dia makan la tu" hehehhehe jadi saya pun biarkan je la..
alih2 dengar dah senyap.. intai tengok.. A'ah dia tengah makan... hehehehe...

Pas tu Mr. Hubby suh letak dalam dapo rumah. kata kat luar sejuk... i pun letak ler.. tapi tak bleh bising.. sebab kalau dengar sore kitaorg je mesti anak kucing ni mengiau.. sangat kuat hoccay.. terganggu i... hehehhe

DSC_0207
Ni tengah Tido.. boleh lak tido macam ni....

DSC_0210
macamana lerrr aku mandikan anak kucing ni.. syampoo masih melekat kat bulu.. heheheheh

DSC_0225
Mr.Hubby kata anak kucen ni pemalas... tido kepala lentok kat dalam bekas makanan tu..

ni pun saya masih berbelah bagi nak jaga atau tak sebab saya tak de pengalaman jaga kucing.. dan saya takut kucing tapi nak jaga jugak.. boleh??
nak mandikan takut.. kucing ni kena mandi hari2 ke? pas tu mr. hubby suh bawak gi klinik haiwan.. gi injek.. tapi i baca kat internet ada 1 blog tu kata kalau kucing baru lahir tak perlu lagi suntikan vaksin.. erk... tunggu umur sebulan....

tapi anak kucen ni perut dia macam besar.. takut i.. kembung ke? atau ada cacing ke? EEee makin takut aku nak pegang.. tapi nak mandikan lagi sebab syampoo yg saya picit kat atas dia dah jadi kering kat bulu kucen ni.. jadi keras...

Apa perlu saya buat ye.. memula sekali nak kena bawak gi klinik ke? ke nak bawak ke pet shop ke? kat situ ada perkhidmatan bersihkan tak?

KISAH KUCING

Posted by : NINA aka SL 2 Comments

Beberapa hari lepas buat status kat FB saya (tetiba nak pelihara kucing Parsi).. tapi betul la.. tiba2 je rasa macam nak pelihara kucing.. bukan Arnab atau Hamster.. tapi Kucen.. ^___^

Lepas tu saya pun mula la sebok search internet cari mana tau ada yang nak bagi preeeee kucen ni.. tapi malangnya tak de.. Ada banyak lerrr kat internet tapi yang berbayar punya... 1 ekor anak kucing parsi ni (kacuk kot) harga mencecah ke RM600.. Ayoyo... manyak mahal wooo !! dari aku beli anak kucen.. baik aku beli susu anak aku.. hehehhe...

Dah tu.. hati rasa macam nak bela jugak tapi memandangkan harga kucen ni agak mahal.. jadi saya pun tunggu je la.. mana tau ada orang yang baik ati nak derma anak kucennya kat sayeee... ^___^...

.....................................................................................................................................................................

Petang tadi keluar pegi Tampoi dengan Mr. Huby dan anak2.. Ada urusan sikit.. dah selesai urusan... tak tau nak merayau ke mana.. Mr. Hubby ajak gi Lido jenjalan.... tapi tak sampai Lido pon sebab tiba2 kitaorang berhenti kat Taman Hutan Bandar.. cantik giler taman reakrasi kat sana...

Sampai2 je Anak-anakku.. macam biasa ler.. bertempiaran lari cari port masing2.. berlari-larian tengah2 panas.. Walaupun petang tapi tetap panas.. ^__^...

Adam lak tak lepaskan peluang menembak... kat sana ada Paintball. tapi kena tembak botol air.. tak de yang tembak2 orang.. kecik je tempatnya..

(sebenarnyakan.. aku tak de idea nak taip apa... tapi aku nak citer jugak kisah kucen ni.. jadi kalau ayat aku berterabur korang paham-pahamkan je la ye... Al-maklum ler.. saye baru je balik beraya.. perut kenyang sangattt.. mata dah nak tertutup.. tapi kenangkan nak hapdet gak kisah kucen ni. jadi korang baca je la ye)

DSC_0112
yang sebenarnya kan.. saye tak tau tempat ni panggil apa.. Taman Reakrasi Hutan Bandar kot.. bedall je la... hehe

DSC_0129
Amik gambar dulu. Mr. Hubby wif Adam..

DSC_0131
Tak sempat tanya barang ni sekadar Display atau untuk di jual.. tapi rasanya untuk di jual kot..

DSC_0144
Adam belajar menembak... RM5 untuk berapa butir peluru ai tak tau.. Mr. Hubby yang bayar..

DSC_0145
Gigih orang ni ajar Adam.. ^__^

Lepas dah sesi tembak menembak tu.. perjalanan di teruskan lagi.. besar ok tempat ni.. nak round habis memang semput ai.. sambil2 berjalan menghirup udara segar tu.. chewahhh.. Tengok sangat ramai photographer amik pic orang kawen.. memang ramai ko.. hari baekk untuk buat photoshoot..

Dan saya pun tidak ketinggalan jugak nak menembak.. terima la dari seorang Begginer.. hehehe.. (Ai guna kamera cap Itik jeww)

DSC_0153
Sedang menikmati alam semula jadi.. hehehe Yang budak belakang tu ntah hape yang di tengoknya..

DSC_0159
Model tak berbayar..

DSC_0161
Nak ikut jugak pesen kakak dia. pegang2 air..

DSC_0164
Haa yang ni memang gini ler peelnya..

Dan perjalanan di teruskan lagi.. banyak lagi tempat tak pi ni.. sambil2 berjalan tu tetiba saya terdengar bunyi.. uekkk....uekkk.uekkkkk.... macam lain je kan bunyiknya.. hehehhe

Pi la tempat bunyik tu.. ada 2 orang budak pompouan sedang tengok sesuatu di dalam bekas putih yang tempat selalu orang letak air batu tu..
ai ni penyebokkk orangnya.. jadi nak tengok jugak lerr ape bendanya tu...

jenguk kat dalam kotak tu.. nampak la seekor anak kucing berwarna putih.... sangat kuat anak kucing ni mengiau.... pas tu bukan bunyik meaoww.. meaow...
Bunyik macam baby nangis... nyaring lak tu....
Mr. hubby suh jangan kacau pas tu gerak gi cari air.. Haus wooo.. yang saye pulak tetiba timbul rasa kesian kat anak kucing ni... Kesian sangat.. atau sangat kesian.. hehehhe

Angkat kotak tu bawak keluar dari tempat asal anak kucing tu di buang... . Mr.hubby Marah suruh letak balik.. yang aii tetap degil nak angkat keluar..Dan akhirnya ai berjaya angkat KOTAKNYA KELUAR DARI SITU... kucing masih kat dalam.. heheheh

DSC_0194
Ni la anak kucen tersebut.... masa ni anak kucen ni sangat kuat mengiau.. semua orang yang lalu lalang kat situ tengok ape menda kat dalam kotak tu.. yang budak 2 orang tu lak nak ambil anak kucen ni.. Tapi yang sorang kata "rumah aku dah ada 8 ekor kucing.. ko la amik".. dia suh kwn dia amik... yang kwn dia lak.. "aku nak amik tapi nanti mak aku marah. umah aku banyak tu kucen.." hehehhe.. tetiba aku menyampuk... "Akak amik la".. amboi..amboi...amboi.... tanpa persetujuan mr. hubby aku mendeclarekan diriku sebagai Tuan kepada anak kucing tersebut..

(ni anak kucing biasa ke, atau mix ek? bulu dia panjang dan agak lebat)

Ada aorang abang tu berhenti tengok anak kucing tersebut.. sambil pegang anak lelaki dia yang sedang meronta2 nak melepaskan diri.. "ni kalau tengok...anak kucing siam ni.. kesiannya.. rumah saya dah penuh ngan kucing.. kalau tak boleh saya ambil"

Tapi Ai rasa macam kucenn biasa je ni...

Makin ler hatiku meronta-ronta nak amik kucen ni.. yang mr. hubby lak dari kedai makan tu goyang2 tangan tak kasi ambil... hhehehhe...

Lepas tu dah nak balik tu.. bertekak sikit ngan mr. hubby pasal anak kucing ni.. Saye call kakak ipar merangkap kakak mr. hubby (pembela tegar kucing dia ni) hehehe.. bagitau kat dia yang saya ada jumpa anak kucen warna putih.. bulu panjang.. Pas tu dia jawab.. simpan.. nanti dia datang amik.... dan saya gatal jawab balik... yang saya nak kucing tu.. pas tu saya tanya la nak buat apa kat kucen tu.. dan dia pun bagitau la itu... ini..itu..ini.. OOOoooooooo ok....

erkkkk kita sambung part 2 lak yer.. macam dah panjang sangat... esok sambung lagi kisah kucen.. tak habis lagi ni..

KURSUS 2 HARI BERSAMA JKM DI SAF ACADEMY

Posted by : NINA aka SL 4 Comments

Ni sebenarnya kursus selama 2 hari anjuran Jabatan kebajikan Masyarakat di Saf Academy Johor. Dalam kursus ini saya kena mengajar aneka roti dan pizza. tapi banyak gambar2 yang hilang dalam simpanan saya.. Rasa2nya anak saya terpadam. Nasib baik ada beberapa pic yang dah di selamatkan.. ^__^

gambar 220
Ini bukan peserta.. tapi pengiring peserta dari beberapa bandar.. juga mengambil bahagian untuk menuntut. hasilnya success sekali..


gambar 216

gambar 215

gambar 212

gambar 211

gambar di atas merupakan sebahagian roti yang di buat. gambar kelas Pizza habis sama sekali.. apapun Tahniah buat peserta kursus. Semoga mereka bisa mengubah kehidupan mereka dengan lebih maju lagi. Amin

KELAS ANEKA TART

Posted by : NINA aka SL 1 Comments

IMG_2660

IMG_2654

IMG_2656

IMG_2652

IMG_2646

Kelas di hadiri oleh Kak SDyarifah dari Seri Alam.. Nak belajar sesuatu untuk mengisi masa lapang. Thanks ye kak.. :)