RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

MUSHROOM SOUP

Posted by : Nina Mahdar

Bermushroom pulakkk dah.... ni menu2 malas masak sebenarnya.. beli Baguette kat tesco lepas tu cicah ngan sup cendawan panas....  yummeyyyyyyyy....



Dah tak de nak bergarlic-garlic dah.. sapu butter bakar kejap... siap..

MUSHROOM SOUP

Bahan-bahan:
400ml susu segar / uht
200ml air
2 ketul kiub pati ayam Knorr
3 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu makan butter
1/2 sudu makan lada hitam
Daun parsley/oreagano
serbuk perasa sikit
Cendawan Butang - beli dlm tin cincang2 halus

Cara Membuatnya:
- Satukan susu segar dan air kedalam periuk. Bukak api dan renehkan sekejap.
- Masuk kiub pati ayam. senang masa nak masukkan terus hancurkan kiub pati ayam tu.
- Kacau..kacau..kacau.. agak2 dah sebati.. terus mask bahan2 lain. biarkan mendidih kejap.
- Campur sedikit air kedalam tepung jagung.masuk dlm sup. kacau2 sebentar sehingga adunan pekat.
- Agak2 dah ok kepekatan.. tutup api.. angkat....
- Tabur dengan daun parsley kering dan boleh la di hidangkan dengan roti kesukaan anda..

2 comments:

Nur Atiqah said...

wow akak just discovered your blog.what a nice blog you have. nampak macam sedap je mushroom soup tu..mudah aje rupanya..thanks share!

zuliana gojesmami said...

thanks sharing. esok cuti nak try la.