RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

PULUT KELAPA MANIS

Posted by : Nina Mahdar

Yang ni sebenarnya tempahan dari jiran sebelah kedai. Pulut kelapa manis. Request nak bungkus kecil2.. Bechentaaaa jugak ler masa nak membungkusnya.. nasib baik la bungkus panas2 jadi mudah sikit sebab daun dah jadi layu.. sambil membungkus sambil tu la anak2ku... "mama nak sket??" kejap2 "mama nak lagi".. nasib la buat banyak.. takut je dah makan banyak kembung perut pulak.. budak2 ni suka sebab ada kelapa manis agaknya.. selalu kalau pulut2 ni mana diorang makan..




PULUT KELAPA MANIS
Sumber: http://syurie.blogspot.com
 
Bahan Pulut 
3 pot beras pulut
*100 ml santan pekat
*secubit garam (* disatukan)

Penyediaannya 
-Basuh beras pulut dan rendam semalaman..
-Kukus pulut ½ masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam bekas, masukkan santan.Kacau sekata.
-Masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga pulut masak sepenuhnya

Kelapa Manis
 

½ biji kelapa diparut
3 sb nisan/gula melaka (Boleh tambah/kurangkan kuantiti ikut selera masing-masing)
secubit garam

Penyediaannya 
-Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sekata.
-Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan sehingga mahu digunakan.
- Bentangkan sehelai daun pisang yang telah pun di potong dan dibersihkan terlebih dahulu.
-Menggunakan scope ais-cream, masukkan sesudu kecil kelapa manis diikuti pulut, Tekan sedikit supaya pulut menjadi sedikit padat.
-Letakkan ke atas daun pisang tadi dan bungkus pulut tersebut seperti membungkus nasi lemak.
-Ulang sehingga habis dan sedia di hidang.





2 comments:

Bbwana adienia said...

hai..salam kenal dr SRC..

saya singgah sini dan follow..sudi la singgah dan follow saya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq.

p/s: Nampak comel la pulut tu dan Nampak sedap..

Nina Mahdar said...

salam kenal juga dari saya :)