RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.

APAM POLKADOT

Posted by : Nina Mahdar



Apam Polkadot Versi Berjerawat Batu.. Kalau mengedot ni mesti buat lebih sebab anak-anakku sangat gemar makan apam ni.. nak2 bila apamnya kaler maler.. makin berselera.. kadang2 tu bila dah habis suh buat lagi.... Awwww.. kalau tak ye ye.. memang sangat la berchentaaanya aku nak mengedot ni.. nasib la ada pembantu kedai.. pestaim mengedot.. asyik pulak dia.. balik2 kata... "kak lawanya... sayang nak makan".. ko tak tau yang tu lawa versi jerawat batu sebab terlampau asyik sampai dekat sejam dia mengedot...

 
APAM STRAWBERI
 Resepi : Ain Rusli
 Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 


5 comments:

dill said...

yummy!

dill.

Ruwan Samaraweera said...

Nice

Rosma Ayie said...

pernah buat sekali tapi tak jadi..hehe.. kalau rajin jom singgah blog saya yang tak seberapa ni .
http://rosmalizacabei.blogspot.com/

Nor Hayati Ramli said...

yummy...fenomena apam polkadot memang menjadi-jadi..sedap sangat :)

Nak Kurus Cara Sihat

Harjono Rido said...

kuenya enak-enak sepertinya jadi ngiler hehe

Iklancs