RSS
sweetlilly kitchen. Powered by Blogger.
Showing posts with label LEMPENG. Show all posts
Showing posts with label LEMPENG. Show all posts

LEMPENG + SAMBAL UDANG

Posted by : Nina Mahdar 1 Comments

semalam mr. hubby request nak mkn lempeng + sambal udang.. small matter.. hhhhehhehehe.. jgn dia request yang bukan2 di saat2 kebzzzan ku ni.. korang layan je la ek.. LEMPENG

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu UHT
1 cawan air
1 sudu kecil garam
1 biji telur

Cara: 
- satukan kesemua bahan. gaul ngan whisk sampai semua adunan sebati.
- pas tu cedok masuk dlm kuali non stick. supaya tak lekat.
- lenggang2kan adunan lempeng.. pas tu tebalikkan bila dah masak.
p/s - kalau guna kuali biasa.. leh sapu sedikit minyak dlm kuali.

RESIPI SAMBAL UDANG (resipi kopipes) 
SUMBER: CHEF HANIELIZA 

Bahan-bahan 
500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan]
30 biji buah petai - tak letak
1 labu bawang besar [potong gelang]
½ cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato Minyak
Garam
Gula
Bahan Mesin 
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasak 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.